in ,

Advertorial: Roadtour DiGi & Filem Duyung di Pawagam 6 Mac Ini!

Nantikan Kemunculan DUYUNG!
Duyung akan timbul dan naik ke pantai seluruh Malaysia 6 Mac ini? Ha, jangan tak percaya! Tapi Duyung ni bukan sebarang Duyung… Duyung ini sangat jelita jelmaan Maya Karin! Yea, sebenarnya yang Budiey maksudkan ialah filem Duyung, sebuah filem fantasi romantik komedi terbitan KRU Films Sdn Bhd dan Grand Brilliance Sdn Bhd dengan kerjasama Line Clear Motion Pictures berjudul Duyung akan menemui korang semua pada 6 Mac akan datang.

maya karin

DiGi dengan bangganya mempersembahkan kepada peminat filem Malaysia sebuah filem yang menonjolkan kemahiran KRU Films dalam penerbitan filem menggunakan teknologi digital dan kesan khas selepas kejayaan Cicakman.

Filem dibawah arahan Professor Razak Mohaideen ini menampilkan lebih 200 shot CGI (Computer Generate Imagery) dengan adunan bunyi Digital Dolby Surround untuk memastikan filem ini bukan saja menghiburkan bagi tontonan seisi keluarga dan pelbagai lapisan masyarakat tetapi juga mantap dari sudut teknikal.

Sinopsis Filem Duyung
Ianya menyingkap kisah kehidupan seorang pencinta alam dan hidupan liar bernama Jimmy (lakonan Saiful Apek) di sebuah perkampungan nelayan di Kepulauan Sipadan, Sabah yang terpinggir dari pembangunan dan masyarakat luar. Jimmy berperwatakan ganjil dan tidak mempunyai kawan di kampungnya. Kehidupan sehariannya adalah hanya untuk mengutip sampah dan menjaga kebersihan kampung bertemankan Orix (lakonan Yasin Senario), satu spesis “apeman-big foot” yang ditemui oleh Jimmy sewaktu kecil di tepi pantai.

Sebab utama Jimmy sangat mementingkan kebersihan dan keindahan alam adalah kerana dia mempercayai cerita mitos ibunya tentang kewujudan Duyung (lakonan Maya Karin) yang hanya akan muncul jika kawasan perkampungannya berada dalam keadaan yang bersih. Jimmy juga menaruh hati kepada anak ketua kampung bernama Aspalela (lakonan Yasmin Hani) walaupun mendapat tentangan dari bapa Aspalela.

Di samping itu juga, penduduk kampung khususnya jaguh nelayan yang dihormati bernama Kordi (lakonan Awie) sering mentertawakan pekerjaan “pengutip sampah” dan angan-angan Jimmy untuk bertemu Duyung serta mengahwini Aspalela. Menambahkan lagi masalah Jimmy, Kordi juga berhasrat mengahwini Aspalela. Walaubagaimanapun, kehadiran Duyung di kampung nelayan tersebut bakal mengubah segala-galanya dan memberi pengajaran kepada semua untuk menjaga alam sekitar dan hidupan liar.

Antara pelakon handalan lain yang membintangi Duyung ialah seperti Rosnah Mat Aris, Hafidzuddin Fazli dan Abu Bakar Omar. Penggambaran yang mengambil masa 25 hari ini menjadikan Pulau Sipadan, Semporna Sabah sebagai lokasi utama.

Promosi Roadtour Duyung
Bersama DiGI, temui dan beramah mesra dengan pelakon filem Duyung seperti Awie, Maya Karin, Norman, Dafi dan ramai lagi di Promosi Jelajah Filem Duyung di lokasi berhampiran dengan anda. Untuk melihat tarikh dan lokasi, sila klik di sini.

Datanglah beramai-ramai dan sertailah pelbagai rancangan menarik! Jangan ketinggalan! Jumpa di sana!

Inginkan Percutian Dasar Laut Yang Hebat?
Segalanya ditanggung dan PERCUMA untuk anda! Anda hanya perlu menonton filem Duyung dan menyertai Peraduan SMS DUYUNG ini sekarang.

Menangi hadiah utama iaitu percutian ke Taman Tema Air terpilih di USA! Selain itu hadiah pertama berupa sebuah kamera digital Olympus dan banyak lagi menanti pemenang bertuah! Apa tunggu lagi inilah peluangnya nak melancong ke USA!

Apa yang anda perlukan adalah menghantar SMS. Taip DY dan hantarkan ke 2000. Kemudian jawab 3 soalan mudah beserta slogan. Selepas itu, ikuti arahan seterusnya. Senang bukan?

Muaturun Penghias Skrina
Hiasi skrin telefon bimbit anda dengan pelbagai kandungan muaturun penghias skrin para pelakon filem Duyung.

Taip <SMS code> dan hantar ke 2000 untuk mendapatkan kandungan di bawah.

Contoh: WP 12512361

Dapatkan kod muatturun pilihan anda di sini.

[tags]advertorial duyung, nuffnang advertorial, iklan, wallpaper filem duyung, runut album duyung, dafi cinta gita gutawa, youtube iklan walls, gambar maya karin duyung, mermaids, review sinopsis, awie wings[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Minggu Setiausaha Mawi di Palace Of The Golden Horses

Desperate Housewives Season 4 @ 8TV