in , , ,

Michael Ang Kantoikan Kamal Adli & Uqasha Senrose Pergi Kursus Kahwin?

Sehingga ke hari ini, pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengatakan yang mereka kini sedang bercinta seperti mana yang didakwa ramai pihak.

Hubungan rapat mereka nampaknya direstui peminat lebih-lebih lagi selepas mereka digandingkan bersama menerajui drama Perempuan Tanpa Dosa yang kini sedang ditayangkan di Astro Ria. Pengarah drama tersebut, Michael Ang baru-baru ini ada memuat naik video di Instagramnya yang mana bertanyakan Kamal dan Uqasha adakah benar khabar mendakwa mereka sudah pergi kursus kahwin bersama-sama.

“Salam semua. Kamal Adli dan Uqasha Senrose pergi kursus kahwin kat Kuantan! Kau orang rasa ini gimik atau kisah benar, kau orang rasa mana satu?

Yang pasti you all semua kenal I kan! Jarang i buat gimik-gimik macam ini,”

– Michael Ang

Tersipu-sipu malu, Kamal dan Uqasha dilihat membiarkan persoalan itu berlalu tanpa jawapan.

Menerusi ruangan komen, pelakon Uyaina Arshad yang turut membintangi Perempuan Tanpa Dosa mendoakan pasangan tersebut dengan menitipkan komen ‘Alhamdulilah’ di entri Michael itu.

*Sumber: KopiPlanet

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Safawi Rasid Terkejut Rakan Baik Semuanya Jadi Musuh Semasa Sesi Latihan

Kesiannya! Gadis Maut Ketika Rawatan Sedut Lemak Gara-Gara Nak Naik Pelamin