in ,

Kesiannya! Gadis Maut Ketika Rawatan Sedut Lemak Gara-Gara Nak Naik Pelamin

NIAT ingin memiliki badan yang langsing akhirnya bertukar tragedi.

Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis berusia 23 tahun yang disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan proses menyedut lemak di salah sebuah pusat kecantikan di Cheras, Kuala Lumpur. Lebih memilukan, gadis berkenaan sanggup melakukan rawatan itu sempena majlis perkahwinan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Portal tempatan melaporkan, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur iaitu Datuk Saiful Azly, kejadian cemas itu berlaku semasa mangsa menerima suntikan pada bahagian tangan.

Katanya, namun lain pula yang jadinya apabila mangsa secara tiba-tiba mengalami sesak nafas. Bukan itu sahaja, muka dan badan mangsa menjadi pucat sebelum dia jatuh pengsan.

Menurutnya, risau sesuatu perkara buruk berlaku, pihak pusat kecantikan terbabit telah menghubungi ambulans dan mangsa telah dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Susulan itu, polis menahan dua beranak berkenaan yang masing-masing berusia 49 dan 23 tahun bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly berkata, mangsa dikatakan berkunjung ke pusat kecantikan itu jam 2.30 petang semalam. 

“Siasatan awal mendapati pusat kecantikan itu berdaftar secara sah, namun tidak mempunyai kepakaran untuk melakukan proses sedut lemak. 

“Namun, pusat kecantikan yang dimiliki seorang wanita dan anak perempuannya itu tetap meneruskan prosedur sedut lemak berkenaan selepas dikatakan menerima desakan daripada mangsa,”

– Datuk Saiful Azly b

Saiful Azly berkata, ketika mangsa menerima suntikan pada tangannya, dia mengalami masalah kesukaran bernafas selain muka dan badannya menjadi pucat sebelum pengsan. 

“Pihak pusat kecantikan itu kemudian menghubungi ambulans dan mangsa dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia. 

“Susulan itu, kami menahan dua beranak berkenaan yang masing-masing berusia 49 dan 23 tahun bagi membantu siasatan,”

– Datuk Saiful Azly b

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian wanita berkenaan. 

“Kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 21 Oktober ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat,”

– Datuk Saiful Azly b

Kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 21 Oktober ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat.

Siasatan awal mendapati pusat kecantikan itu berdaftar secara sah, namun tidak mempunyai kepakaran untuk melakukan proses sedut lemak.

Namun, pusat kecantikan yang dimiliki seorang wanita dan anak perempuannya itu tetap meneruskan prosedur sedut lemak berkenaan selepas dikatakan menerima desakan daripada mangsa.

Sementara itu, pihak polis masih menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian tersebut.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Michael Ang Kantoikan Kamal Adli & Uqasha Senrose Pergi Kursus Kahwin?

Netizen Puji Video Muzik SIAPA TAK MAHU Ada Mutu Antarabangsa, Kini Trending