in , ,

Mahkamah Singapura Tidak Benarkan Penyerang Kamal Adli Diikat Jamin

Hakim Mahkamah Singapura tidak membenarkan seorang lelaki yang telah didakwa menyerang pelakon Kamal Adli diikat jamin.

Menerusi laporan Bernama, hakim telah bersetuju terhadap permohonan pendakwaan untuk tidak menawarkan ikat jamin dan menangguhkan kes itu selama empat minggu bagi membolehkan pegawai penyiasat melengkapkan siasatan.

“Berdasarkan laporan Institut Kesihatan Mental (IMH), saya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

“Kes ini ditangguhkan selama empat minggu kepada 2 Mei,” kata Hakim Daerah Brenda Tan.

Sebelum ini, penyerang tersebut telah direman tiga minggu di IMH untuk pemerhatian psikiatri.

Individu berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac atas pertuduhan disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya.

Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana gabungan hukuman itu.

Terdahulu, tertuduh yang hadir di mahkamah, membantah permohonan pendakwa raya untuk tidak membenarkan dia diikat jamin.

Tertuduh yang ditanya Tan berhubung bantahannya, berkata semakan IMH telah mendapati dia “berkelakuan dan bertingkah laku baik.”

“Jadi saya tidak nampak kenapa saya tidak diberi tawaran jaminan,” kata tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Tan menangguhkan kes itu selama kira-kira tiga minit bagi membolehkan mahkamah membaca dua perenggan, khususnya 18 dan 21 dalam laporan IMH, kepada tertuduh. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Low Ngai Yuen

“Kurang Dana, Tenaga Kerja, Punca Persembahan Jatuh,” – Low Ngai Yuen

Zarina Zainuddin

Zarina Zainuddin Jadi Mangsa Berita Palsu Dikatakan Meninggal Dunia