in

Meriah Sungguh Sua Rasa TV9 di Kota Bharu

Acara padang Sua Rasa di negeri kelahiran Cik Siti Wan Kembang mendapat sambutan menggalakkan. Terdahulu, Sua Rasa bersama Celcom telah menjelajah Kuala Terengganu dan menerima hampir 200, 000 pengunjung. Destinasi kedua ini juga dilihat berjaya memupuk hubungan lebih erat antara TV9, Celcom, kerajaan negeri, penaja-penaja lain, dan semua pengunjung. Acara yang dianjurkan oleh TV9 dan kerajaan negeri ini ditaja oleh Celcom.

Sua Rasa membawa makna bertemu, berkumpul dan bersantai di samping mengeratkan silaturahim bersama ahli keluarga dalam suasana yang cukup meriah. Justeru, kami berharap agar acara padang ini menjadi destinasi buat semua untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Inilah yang kami ingin sampaikan melalui Sua Rasa.

Sua Rasa pada kali ini telah menerima kunjungan dari Yang Amat Mulia Temenggong Kelantan serta Yang Amat Mulia Cik Puan Temenggong Kelantan pada hari kedua acara padang ini.

Menarik tentang Sua Rasa apabila pengunjung dapat beramah mesra dan bergambar bersama personaliti-personaliti TV9 dan TV3 seperti Farrah Adeeba, Syarifah Nur Syed Mohd, Zuhairah Mustafa Al-Husin, Aziz Desa, Mek Nik Sayyidah, Khairul Normaidah Gadis Melayu, Fimie, Aien Adik Di 9, Mohd Shahrizal, Halim Din (999), D’ Putra, Cicik dan ramai lagi.

Disamping itu penduduk dapat melihat dengan lebih dekat, krew TV9 menyelenggarakan program-program siaran langsung dan juga rakaman seperti Warna-Warni Sua Rasa, Rentak Sua Rasa dan rakaman rancangan Halaqah. Malah, pengunjung yang datang dapat melihat dan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di gerai-gerai seperti gerai TV9, Adik di 9, Celcom, 999 serta pameran Al-Risaalah.

Sua Rasa yang simbolik dengan aktiviti masyarakat diharap dapat memupuk rasa kekitaan semua golongan dan ini dilaksanakan melalui pameran buah-buahan, dikir barat ‘international’, pertunjukan seni silat cantik, persembahan gasing terbang, serta persembahan nyanyian daripada artis-artis terkenal tanah air. Acara padang ini turut menampilkan makanan kegemaran rakyat Malaysia dengan menganjurkan pesta makanan bagi melengkapkan mesej yang ingin disampaikan melalui Sua Rasa.

Tepat jam 8.00 pagi pada 1 & 2 Mei 2009, penonton yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi tapak Sua Rasa dapat melihat keceriaan acara padang ini menerusi Warna Warni Sua Rasa yang bersiaran secara langsung selama dua jam. Warna Warni Sua Rasa dihoskan oleh Aziz Desa dan Mek Nik Sayyidah.

Pengunjung yang membanjiri tapak Sua Rasa berpeluang menyaksikan Rentak Sua Rasa pada 1 Mei 2009 jam 9.00 malam yang menampilkan artis terkenal tanah air seperti kumpulan In Team, Nash, Cat Farish & Adeep, Dafi, Azhan, dan Infinatez. Manakala hos yang akan menggamatkan Rentak Sua Rasa ini adalah Mr. Os dan Dannyy. Antara lagu-lagu yang akan dipersembahkan adalah:

1
Nash
Pada Syurga Di Wajahmu
Tiada Lagi Kidungmu

2
In Team
Allahurabbi
Ya Muhammad

3
Dafi
Lemah
Seumur Hidup

4
Azhan
Kemanisan Dunia
Ku Milikmu

5
Infinatez
Papparazi
Siti Situ Sana Sini / Ada Masa

6
Cat Farish & Adeeb
Lemas
Dari Sinar Mata

Rentak Sua Rasa yang akan bersiaran langsung secara langsung dari tapak Sua Rasa ini diterajui oleh Mohd Jaimira Ramli selaku penerbit.

Seterusnya pengunjung juga akan dilengkapkan dengan ilmu kerohanian melalui rakaman rancangan bual bicara keagamaan Halaqah. Dihoskan oleh Ustaz Ahmad Shukri Yusof, Halaqah menjemput dua ahli panel iaitu Ustaz Roslan Che Rus yang merupakan Pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang serta Ustaz Roslan Mohamed, Pensyarah Kanan UM.

Rakaman Halaqah yang bermula pada jam 9.00 malam akan membincangkan tajuk ‘Emas’ yang merupakan satu subjek simpanan yang kukuh dan fleksibel dalam semua keadaan walaupun semasa kelembapan ekonomi dunia kini. Bagi mengetahui kupasan lanjut, saksikan Halaqah setiap hari Khamis jam 10.00 malam.

TV9 menjangka sambutan Sua Rasa pada tahun 2009 akan disambut baik dan lebih meriah berbanding tahun lepas. Menurut ketua Pegawai Operasi TV9, Encik Bukhari Che Muda, Sua Rasa menampilkan banyak kelainan dan dengan kerjasama kerajaan negeri, kini TV9, Celcom serta penaja-penaja lain akan membuka lebaran baru untuk sama-sama menjalin silaturrahim yang erat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Oleh itu, saya berharap agar rakan-rakan perniagaan yang hadir pada hari ini yang mana belum menyertai kami menerusi Sua Rasa, penyertaan anda semua amat dialu-alukan. Masih belum terlambat untuk memeriahkan Sua Rasa ini kerana banyak lagi lokasi untuk dijelajahi bersama kami pada tahun 2009 ini,”  tambah beliau. Justeru, pengunjung dapat turut serta mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh TV9 selaras dengan cogan stesen ini iaitu TV9 Di Hatiku.

Usaha murni TV9 dalam mengembangkan mesej positif kepada rakyat merupakan salah satu usaha utama stesen television ini bagi menempatkan diri di hati penonton. Berikut adalah antara lokasi yang akan dikunjungi oleh Sua Rasa:

1.5 & 6 Jun : Kedah Darul Aman
2.4 & 5 Julai  : Muar Johor
3.1 & 2 Ogos  : Seremban, Negeri Sembilan
4.31 Okt &1 Nov  : Ipoh Perak
5.29 & 30 Ogos    : Klang, Selangor
6.17 & 18 Okt : Hulu Langat, Selangor 

Oleh itu, jangan ketinggalan untuk bersama TV9 di tapak Sua Rasa yang dibawakan bersama Celcom di bandar berhampiran anda.

Selamat berkunjung!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Prebiu Astro Megadrama Gadis Cuci & Dua Marhalah

ADV: Episod Ke-2 Drama Online Mingguan Lelaki di Portal GUA