in ,

Prebiu Astro Megadrama Gadis Cuci & Dua Marhalah

Baru sahaja pulang dari Cineileisure, Damansara. Ada event Tayangan Eksklusif Drama Terbaru di Astro Ria dan Astro Oasis, GADIS CUCI dan DUA MARHALAH pada jam 3 petang tadi. Sebetulnya, bukan setakat 2 drama tu sahaja yang ditayangkan kepada media, tetapi banyak lagi drama yang akan dipertontonkan sepanjang bulan Mei ini. Semuanya drama yang segar dan mantap-mantap.

3503692797 Dc6Dd70Bb2 O | 4

Maka, ramailah pelakon drama yang datang. Antaranya… Lisa Surihani

3504505638 99F6B14Bcc O | 5

LISA SURIHANI, yang kononnya digossipkan bercinta dengan Farid Kamil. Padahal, tidak… Lisa masih lagi tidak punya kekasih hati…

Tapi apa yang pasti, Lisa sangat sibuk. Masa dalam hall pawagam tadi pun, Lisa Surihani sibuk sekali berbalas SMS. Dengan siapa? Dengan buah hati ke? Kata tak bercinta? Ish, dengan famili… Ooo… ada tawaran berlakon masuk lagi…

3503693455 6F16C50D66 O | 6

Paling best, tengok sedutan hebat yang kelakar giler dari drama Gadis Cuci… memang gelak habis tengok gelagat gadis-gadis cantik yang kononnya mahu menjadi pencuci kereta terbaik di Malaysia.

Paling sedih, tengok sedutan drama lakonan Aaron Aziz dalam drama Oh Ibu yang ditayangkan di Astro Prima. Memang menginsafkan dan mengingatkan kita betapa besar jasa ibu. Hargailah jasa bakti dan curahkan kasih sayang semasa ibu masih ada di dunia ini.

3503693033 70D82Ebece O | 7

Fuyo… seksinya pelakon drama ni… sedang drama ini akan ditayangkan di Astro Oasis. Jangan lupa saksikan drama Dua Marhalah yang menampilkan Zizie Izette bertudung. Manis betul dia bila bertudung.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bulletproof Monk Tayangan Khas Hari Wesak

Meriah Sungguh Sua Rasa TV9 di Kota Bharu