in

MENU DIET Cara Selebriti di TV2

Tahun baharu 2016 yang disambut memberikan sejuta pengertian buat semua. Ianya disertai dengan pelbagai azam yang dirancang mahu dilunaskan sepanjang tahun. Namun azam yang tidak kurang popularnya mahu mengurangkan berat badan dengan cara diet. Justeru pelbagai pendekatan diambil untuk memenuhi keinginan tersebut.

Menampilkan artis antaranya Raja Ema, Iqram Dinzly, Mak Mah, Linda Hashim, Amyza Aznan, Dato’ Aziz Satar, Soo Wincci, Thanuja dan Elly Mazlein, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuka peluang kepada penonton setia salurannya berkongsi sebuah program menarik, “Menu Sihat” mulai 2 Januari ini, setiap Sabtu, pukul 11.30 pagi di TV2.

Soo Wincci / Takhta 3 Ratu / Astro First Ekslusif

Sebagai pembuka rogram memasak sambil menjaga kesihatan ini, Chef Rizal Zamani mengundang pelakon Raja Ema. Chef membeli barang masakan di pasar/pasaraya untuk memasak Salad Campur Bersama Buah Delima & Buah Limau Bali, Nasi Risoto bersama Safron dan Jus Gembira. Raja Ema turut berkongsi rahsia pemakanan dan kecantikannya.

Seterusnya bersama Iqram Dinzly, Chef Rizal memasak Nasi Ulam / Kambing, Sayur Kekacang / Udang dan Jus Kurma juga Buah Tin. Iqram turut berkongsi rahsia pemakanan dan cara beliau menjaga kesihatan. Pelakon berpengalaman Ruminah Sidek juga diundang bersama Chef Rizal memasak Sup Tuscan, Ikan Merah Panggang Bersama Ubi Seleri & Sos Anticok dan Teh ‘O’ Ais Oren.

Berikutnya pelakon Linda Hashim memasak Ikan Salmon Bergulung Bersama 2 Sos, Lasagna Sayuran dan Jus Tropika. Tyzo pula memasak Popia Diet, Papercini Organik Bersama Tomato & Arigula dan Jus Berrie manakala Amyza Aznan memasak Dada Ayam Rebus Bersama Salad Fenel & Sos Kurma Ayam Belanda Burger dengan Ubi Kayu dan Air Smoothie Buah Naga & Lobak Merah.

Episod imenampilkan Dato’ Aziz Sattar sebagai selebriti jemputan menyediakan hidangan Sandwic Daging, Ikan Sebelah Bersama Sos Lada Benggala dan Jus Pudina.

Dua bekas ratu cantik iaitu Soo Wincci dan Thanuja turut berkongsi rahsia pemakanan dan cara mereka menjaga kesihatan dengan menggunakan barang-barang masakan dari dapur. Menariknya Soo Wincci membongkar rahsia dirinya pernah mengalami masalah obesiti. Episod bersamanya memasak Ubi Bit & Salad Epal dengan Sos Chinichuri, Ikan Kod Bersalut Oat bersama Kentang dan Lasi Mangga & Strawberi. Manakala episod menampilkan Thanuja pula diketengahkan hidangan Salad Tuna Bersama Sos Tonato, Solok Dada Ayam Bersama Bayam & Sos Brokoli dan Jus Citrus. Thanuja turut berkongsi rahsia pemakanan dan cara beliau menjaga kesihatan khususnya dalam budaya India.

Jangan ketinggalan menyaksikan episod istimewa dimana program terbitan Tinta Unik Sdn Bhd arahan Norhaidatul Azian ini mengundang tetamu Datin Farah Di Ba Khan yang berpengalaman luas sebagai pakar pemakanan dan pakar diet. Datin Farah Di Ba Khan turut berkongsi rahsia pemakanan dan cara beliau menjaga kesihatan.

Ikuti juga episod berikutnya menampilkan pelakon Beego, Ezany Nizariff dan Elly Mazlein.

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bintang K-POP J.HEART Teruja Untuk Berlakon Di Malaysia

Peraduan Premiere With Budiey – Filem THE FOREST