in , , ,

Peraduan Premiere With Budiey – Filem THE FOREST

[dropcap]H[/dropcap] ello semua pembaca Budiey.com, selamat tahun baru 2016 diucapkan kepada semua pembaca setia. Sempena tahun baru 2016, Budiey nak ajak anda semua menonton filem THE FOREST, sebuah filem tentang misteri kehilangan yang berlaku di pergunungan Fiji.

Budiey kira ramai peminat filem ini mahu menonton kisah menarik kali ini. Dengan itu, Budiey dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia mahu mengajak anda menghadiri Tayangan Premiere Filem THE FOREST yang akan diadakan di GSC 1Utama, Bandar Utama pada 6 Januari 2016.

Kepada yang nak tonton filem lakonan Natalie Dormer, Eoin Macken dan Stephanie Vogt ini, anda juga boleh menonton filem ini yang akan berada di pawagam mulai 7 Januari 2016.

Untuk kalian yang menyukai filem yang mendebarkan ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Untitled

Sinopsis THE FOREST

Filem ini adalah cerita yang mengerikan berlaku dalam sebuah hutan belantara di Jepun. Diarahkan oleh Jason Zada, dengan produksi oleh Gramercy Pictures (Comcast Company), Lava Bear (AI Film). The forest akan membawa penonton ke dalam hutan belantara yang sangat tebal di gunung Fuji Jepun.

Perjalanan hidup adik beradik kembar telah menjalani satu perjalanan yang berbeda. Sara (dibintangi oleh Natalie Dormer) yang merasa kehilangan adiknya kerana masalah peribad, masing-masing membesar dengan matang dan dewasa namun, mereka terpisah kerana mahu memilih haluan hidup masing-masing. Adiknya yang pendiam membuat Sara ingin terus melindunginya.

Suatu ketika, dikhabarkan bahawa kembarnya. Jessy itu meninggalkan kotan dan pergi ke Jepun, menuju sebuah tempat yang sangat menakutkan, dan terbukti sebagai tempat yang paling diminati untuk menamatkan riwayat hidup. Banyak orang telah berjaya bunuh diri di beberapa wilayah di gunung Fuji, meski tempat ini dikenal sebagai daerah tujuan untuk bercuti, namun yang datang perlu berhati dan berada di jalan yang betul. Mereka dilarang untuk keluar dari jalur yang telah ditandai atau bahaya akan mengancam.

Kehidupan Jess yang selama ini bersama Sara membuatnya masak dengan kebiasaan. Kesan bunyi dan babak menakutkan serta mengejutkan tampak sempurna bakal menghentak jantung anda. Jadi, jika anda memang pencinta filem seram, ini adalah peluang keemasan untuk merasakannya.

Sara akhirnya memutuskan untuk mencari adik kembarnya yang dikhabarkan telah menuju Jepun, dan sepertinya Jess ingin mengakhiri hidup ditempat berhantu itu. Setibanya di wilayah Fuji, Sara mencuba mencari info tentang gunung tersebut yang memang menakutkan.

Dengan bantuan para pendaki profesional dan pasukannya, Sara memulai pencarian, dan disinilah kejadian aneh dan menyentak jantung bermula. Semakin lama Sara mencari, semakin banyak petunjuk yang mengarah kepada penemuan adiknya, Dan dengan petunjuk-petunjuk itu juga telah menjerumuskan Sara ke dalam lembah hitam gunung Fuji.

Sara semakin paranoid, meski pada kenyataannya bukan perasaan paranoid, namun hal yang dialaminya benar-benar terjadi, hingga dia harus berdepan dengan kejadian yang cukup menyeramkan di gunung Fuji.

Apakah sebenarnya yang berlaku di gunung itu? Adakah selama ini Sara hanya berhalusinasi tentang pasangan kembarnya itu, hingga bencana itu harus mengikuti hidupnya? Saksikan saja filem horor ini untuk mengetahui bagaimana Sara menyelesaikan masalah ini.

Untitled

Peraduan Premiere With Budiey – Filem THE FOREST

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 97 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

6 Januari 2016 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

7.00 malam

Tayangan Filem:

8.00 malam

Tempat:

GSC 1Utama, Bandar Utama

Anda ingin hadir ke acara santai ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere THE FOREST – Budiey.com di GSC 1Utama, Bandar Utama.

Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan? Pemenang dipilih berdasarkan slogan PALING KREATIF.

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah dan seterusnya dapat menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Siapakah pelakon utama filem THE FOREST. Namakan seorang sahaja.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Premiere With Budiey menonton filem THE FOREST kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere With Budiey Filem THE FOREST

Tarikh tutup peraduan:

5 Januari 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Sony Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup mendebarkan ini mulai 7 Januari 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Sony Pictures : www.youtube.com/SonyPicturesMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

MENU DIET Cara Selebriti di TV2

Persembahan Selebriti Popular di Malam Gegar DMS 2015