in ,

Ini Senarai Peserta MENTOR 7 Protege Terbaik

Program realiti nyanyian TV3, Mentor kini kembali untuk musim ketujuh! Mentor 7 memperkenalkan barisan tenaga pembimbing baharu yang luar biasa, hebat dan versatil iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Aizat Amdan, Hafiz Suip dan Siti Nordiana. Para mentor ini akan memastikan protégé di bawah sayap mereka bersedia menjelang konsert mingguan.

Mula bersiaran pada setiap Ahad, 28 Oktober 2018 selama dua jam bermula 9.00 malam sehingga 11.00 malam, Mentor 7 pastinya menggegarkan industri hiburan tanah air dengan aura yang dibawa oleh pendatang-pendatang baharu ini.

Ditambah pula dengan kebijaksanaan mentor masing-masing dalam mengolah bakat-bakat yang dahagakan kemenangan mutlak.

Mentor 7

SEGALANYA BERMULA DI SINI!

12 bakal protege telah dipilih bagi menyertai Mentor 7 sepanjang sesi uji bakat yang berlangsung September lalu. Sesi uji bakat yang diadakan secara berasingan selama empat minggu bermula di Sabah pada Ogos, diikuti Datuk Syafinaz pada 8-9 September, Aizat Amdan pada 15-16 September, manakala Hafiz Suip pada minggu seterusnya dan terakhir, Siti Nordiana. Masing-masing telah bersiap siaga dengan senjata rahsia mereka!

Mentor 7

Ingin tahu bagaimana pemilihan bakal protégé ini? Saksikan episod pertama Mentor 7! Episod ini akan menyiarkan sedutan sepanjang tempoh uji bakat berlangsung. Suka dan duka peserta yang hadir seawal jam 9.00 pagi, kisah di sebalik tabir Mentor 7 dan reaksi para mentor dalam membuat pilihan.

Konsert mingguan Mentor 7 bermula pada episod kedua iaitu pada 4 Oktober 2018 dan dihangatkan dengan pemilihan protégé oleh mentor masing-masing. Dua protégé akan dipilih oleh setiap mentor dalam konsert minggu pertama (episod ke-2) dan kedua (episod ke-3) sejurus menyingkirkan seorang peserta yang gagal mendapat tempat bersama mentor masing-masing menjadikan jumlah protégé seramai lapan orang.

TV3 Perkenal Peserta MENTOR 7

Mentor 7 akan diterajui oleh dua nama hebat dalam bidang pengacaraan, Nana Mahazan dan Shuk Sahar diiringi Sarancak di belakang tabir. Ketiga-tiga susuk berkaliber ini akan memastikan perjalanan konsert saban minggu lancar dan menghiburkan.

Tidak lengkap program realiti nyanyian tanpa kehadiran juri. Tiada yang lebih layak untuk menghakimi persembahan para protégé selain Datuk Wah Idris, komposer tersohor Malaysia. Berkelulusan Berkeley College of Music, Boston, Datuk Wah Idris berkesempatan meluangkan masa beliau setiap minggu untuk bersama para mentor dan protégé dalam perjalanan mereka mempelajari selok belok bidang nyanyian professional.

Selain Datuk Wah Idris, terdapat seorang lagi juri yang akan berganding bahu namun ianya masih rahsia. Pemarkahan adalah berdasarkan penjurian oleh juri tetap (50%), undian atas talian di laman web www.xtra.com.my (30%) dan juri awam (20%).

Mentor 7

Mentor 7: Aizat Amdan Perkenal FAIZUL ASHRAF, MEGAT & FARIS MALEK

TEAM AIZAT

FAIZUL ASHRAF
o Faizul Ashraf Fauzi
o 24 tahun
o Ampang, Selangor
MEGAT
o Mohd Adzuan Mazlan
o 25 tahun
o Tawau, Sabah
FARIS MALEK
o Mohd Faris Arif Malek
o 26 tahun
o Saratok, Sarawak

TV3 Perkenal Peserta MENTOR 7

TEAM SYAFINAZ

RANISHA

  • Farranisha Shazwany Mohd Faizul
  • 18 tahun
  • Sabah

AZNONA

  • Rasmawatie Mohd Thamrin
  • 23 tahun
  • Kota Kinabalu, Sabah

LAZARUL

  • Lazarul Afiezy Zakaria
  • 28 tahun
  • Cheras, Kuala Lumpur

TEAM HAFIZ

AMAL FAUDZI

  • Mohd amal Mohd Faudzi
  • 21 tahun
  • Kota Kinabalu, Sabah

AZMIRUL

  • Muhammad Azmirul Hafiz Azman
  • 24 tahun
  • Seremban, Negeri Sembilan

NADIA

  • Siti Nurnadia Mohd Rozi
  • 24 tahun
  • Puchong, Selangor

TV3 Perkenal Peserta MENTOR 7

TEAM SITI NORDIANA

  • Taufiq Rodzi
    • Taufiq Rodzi
    • 24 tahun
    • Sungai Petani, Kedah
  • Zaaim
    • Zaaim Abdullah
    • 28 tahun
    • Alor Setar, Kedah
  • Syamimi
    • Nurshamimi Abdul Manan
    • 18 tahun
    • Ampang, Selangor

TV3 Perkenal Peserta MENTOR 7

Kaedah undian bagi Mentor 7 sedikit berbeza berbanding sebelumnya. Sila rujuk gambar rajah berikut:

Episod Kaedah Undian

Episod 1
Tiada undian

Mentor 7

Episod 2

Persembahan dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan Datuk Syafinaz dan kumpulan Aizat Amdan.

Undian hanya akan dibuka setelah selesai persembahan ketiga-tiga bakal protégé Datuk Syafinaz. Hanya 10 minit masa yang diperuntukkan untuk mengundi. Kemudian undian akan ditutup bagi proses pengiraan setelah tamat persembahan artis jemputan.

Seterusnya undian akan kembali dibuka setelah selesai persembahan ketiga-tiga bakal protégé kumpulan Aizat Amdan.

Episod 3
Persembahan dibahagikan kepada dua kumpulan, Hafiz Suip dan Siti Nordiana.

Undian hanya akan dibuka setelah selesai persembahan ketiga-tiga bakal protégé Hafiz Suip. Hanya 10 minit masa yang diperuntukkan untuk mengundi. Kemudian undian akan ditutup bagi proses pengiraan setelah tamat persembahan artis jemputan.

Seterusnya undian akan kembali dibuka setelah selesai persembahan ketiga-tiga bakal protégé kumpulan Siti Nordiana.

Episod 4 – 10
Undian hanya akan dibuka setelah selesai persembahan semua protégé. Hanya 10 minit masa yang diperuntukkan untuk mengundi. Kemudian undian akan ditutup bagi proses pengiraan setelah tamat persembahan artis jemputan.

*50% markah adalah daripada juri tetap, 30% daripada undian online dan 20% daripada juri awam.

Mula bersiaran musim pertama pada 2005, kini Mentor terus berdiri teguh dalam melahirkan bintang – bintang seperti Aiman Hakim, Hael Husaini, Anas Ridzuan, Shila Zikir, Sandra Dianne, Fiq Halim, Salma dan Black.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Jangan lupa untuk memeriahkan alam maya dengan hashtag #mentor7. Tunjuk ajarku sifu!

Mentor 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dream Cruises & Crystal Cruises Recognized by the Berlitz Cruising & Cruise Guide 2019

Senarai Lagu Yang Bertanding di Separuh Akhir Muzik Muzik 33