in ,

Protege Siti Nordiana, Taufiq Tersingkir dari Mentor 7

Konsert Battle Mentor 7 yang pertama telah berlangsung secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam semalam.

Kesemua lapan protege telah membuat persembahan dengan bersungguh-sungguh walaupun mereka digemparkan dengan kehadiran Juri Tetap, Mas Idayu.

Protege Aizat Amdan, Pasya telah muncul sebagai persembahan protege terbaik. Namun, perjalanan protege Siti Nordiana, Taufiq terhenti setakat malam itu sahaja apabila diumumkan tersingkir oleh juri tetap, Datuk Wah Idris.

MENTOR 7

Ianya mengejutkan kesemua penonton Mentor 7 malam semalam kerana adanya penyingkiran pada konsert battle pertama program realiti musim ini. Perbezaan peratusan markah Taufiq dengan rakan seperjuangannya, Amal (protege Hafiz Suip) yang juga yang tercorot cuma 1% iaitu Amal telah mendahului Taufiq dengan 39% berbanding Taufiq hanya meraih 38% secara keseluruhannya.

Menurut Mentor kepada Taufiq, Siti Nordiana,

“Sejujurnya kami memang tidak menyangka adanya penyingkiran pada minggu ini kerana ia masih awal lagi untuk menyingkirkan protege. Walau bagaimanapun, dengan berat hati saya terpaksa akur dengan keputusan juri tetap dan anggap rezeki Taufiq hanyalah setakat ini sahaja.

Sebagai seorang yang pernah menyertai program realiti seperti ini, saya amat memahami perasaan Taufiq. Namun, saya percaya Taufiq mampu untuk pergi lebih jauh kerana dia mempunyai pakej lengkap. Tambahan pula, saya tidak akan memutuskan hubungan saya dengan Taufiq dan akan tetap memberikan tunjuk ajar kepadanya sehingga Taufiq berjaya satu masa nanti. Insya Allah.”

Persembahan para protege pada Konsert Battle pertama malam semalam adalah seperti berikut:

PROTEGE MENTOR LAGU
PASYA AIZAT MENGAPA PERPISAHAN YANG KAU PINTA
AMAL HAFIZ BUKAN CINTA BIASA
TAUFIQ SITI NORDIANA FANTASIA MUSIM CINTA
ZAAIM SITI NORDIANA DIRANTAI DIGELANGI RINDU
MEGAT AIZAT KU MOHON
AZMIRUL HAFIZ SYAIR SI PARI PARI
LAZARUL DATUK SYAFINAZ IZINKANKU PERGI
RANISHA DATUK SYAFINAZ TERUSKANLAH

Selain itu, para penonton turut dihiburkan dengan persembahan protege ujibakat pilihan, Alif dengan lagu medleynya, “Amalina, Bobo Di Mana, dan Kembali Terjalin” serta persembahan penutup yang disampaikan oleh Ayda Jebat dengan lagu Tiada Lagi sebelum pengumuman penyingkiran protege.

MENTOR 7 MEGAT

Sistem penjurian Mentor 7 merangkumi 50% daripada Juri Tetap (Mas Idayu dan Datuk Wah Idris), 30% daripada Undian Atas Talian (melalui laman web www.xtra.com.my/mentor7) dan 20% daripada 10 orang Juri Awam yang terdiri daripada penggiat seni tanah air seperti pengacara, pelakon, dan wakil media.

Pautan undian atas talian akan dibuka selama 10 minit pada setiap penghujung Konsert Mingguan Mentor 7, setelah kesemua persembahan protégé berakhir .Protégé yang mempunyai markah terendah di akhir konsert mingguan, mungkin akan tersingkir

Dihoskan oleh Shuk Sahar dan Nana Mahazan serta Sarancak sebagai hos belakang pentas, Mentor 7 menampilkan Datuk Syafinaz, Hafiz Suip, Aizat Amdan, dan Siti Nordiana sebagai mentor. Program ini turut diterajui oleh Encik Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Aeizul Reeza Ismail selaku Penerbit Mentor 7.

Bersiaran selama sepuluh (10) episod bermula 28 Oktober lalu hingga 30 Disember 2018, Mentor 7 bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, 9.00 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Selain itu, Mentor 7 turut menyediakan Jurnal Mentor yang memaparkan kisah belakang tabir persediaan-persediaan para protege bersama mentor mereka setiap hari Ahad, 6.00 petang bermula 28 November 2018.

Siaran ulangan Konsert Mingguan Mentor 7 juga disiarkan pada setiap hari Jumaat, bermula 2 November 2018 pada pukul 9.30 pagi.

MENTOR 7 ZAAIM ABDULLAH

Saksikan Konsert Mingguan Mentor 7 pada setiap Ahad, 9 malam bagi menyokong protege pilihan anda dan tunjukkan semangat anda melalui tanda pagar #mentor7 di laman media sosial anda. Saksikan juga Mentor 7 secara strim langsung di www.xtra.com.my dan saluran Youtube TV3 Malaysia.

MENTOR 7 TAUFIQ RODZI

MENTOR 7 TAUFIQ RODZI SITI NORDIANA

MENTOR 7 PASYA

MENTOR 7 PASYA

MENTOR 7 LAZARUL

MENTOR 7

MENTOR 7 AZMIRUL AZMAN

MENTOR 7 AMAL FAUDZI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aliff Syukri Terkilan Dapat Layanan Macam Budak Sekolah?

Ziana Zain Mohon Maaf Hina Mahkamah