in ,

Senarai Lagu Yang Bertanding di Separuh Akhir Muzik Muzik 33

Segala soalan mengenai senarai 30 buah lagu yang bakal bersaing di pentas Muzik-Muzik 33 Separuh Akhir (SFMM33) telah terjawab. Jom kita tengok dan buat ramalan lagu manakah yang bakal berkumandang di pentas Anugerah Juara Lagu?

Demam Separuh Akhir Muzik Muzik 33 kembali lagi. Ini merupakan perhentian terakhir bagi 30 buah lagu bersaing dan hanya 12 lagu layak mara ke pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33). Para peminat juga boleh saksikan konsert SFMM33 di YouTube TV3 Malaysia iaitu TV3MALAYSIA Official.

Siapakah Yang Bakal Mara Ke AJL33? 

30 lagu yang bakal berentap ini adalah hasil undian para peminat di carta Muzik-Muzik 33, tiada lagi jalan pintas menerusi Showcase seperti tahun-tahun sebelum ini. SFMM33 yang dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussni (Haziq Hot FM) bakal bermula pada 9, 16 dan23 November ini, bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malamdi Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Khai bahar Separuh Akhir Muzik Muzik 33

Saksikan persembahan pembukaan hos-hos SFMM 33 yang menampilkan parodi AJL32, K-pop dan mash-up lagu-lagu yang tular kini. Selain itu, SFMM33 juga memaparkan persembahan gabungan artis lama dan baharu seperti Bumi Putra Rockers, Black, Flop Poppy, Hafiz Suip, Gersang dan Hazama.

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Tiket Separuh Akhir Muzik Muzik?

SFMM 33 turut disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM.Para peminat yang ingin hadir menyaksikan persembahan penyanyi kegemaran mereka, boleh mendapatkan tiket separuh akhir pada hari Selasasetiap minggu konsert tersebut (6, 13 dan 20 November 2018) di Balai Pengawal Sri Pentas, Bandar Utama danBalai Pengawal, Sri Pentas 2, Aras 5, Plaza Alam Sentral seawal jam 11 pagi.

Follow Sosial Media TV3

Kepada para peminat yang ingin mengetahui maklumat dengan lebih lanjut, mereka boleh ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia untuk pelbagai info menarik mengenai SFMM33. Malah, para pengunjung yang tidak berpeluang untuk menyaksikan Muzik Muzik 33 Separuh Akhir di kaca televisyen juga boleh saksikannya secara strim langsung di saluran Youtube TV3.

Jangan lupa untuk hashtag #SFMM33 bagi menghangatkan lagi Muzik-Muzik 33 Separuh Akhir di laman sosial anda!.

Senarai Lagu Yang Bertanding di Separuh Akhir Muzik Muzik 33

Berikut adalah senarai 30 lagu yang layak mengikut turutan minggu persembahan:

  • Persembahan SFMM33 (Minggu pertama, 9 November)

  ARTIS LAGU KOMPOSER PENULIS LIRIK
1. SUFIAN SUHAIMI Di Matamu Sirkhan & Rinkarnaen Sirkhan & Rinkarnaen
2. QODY Dia Ippo Hafiz Ippo Hafiz
3. ARIFF BAHRAN Kata Akhirmu Rudy Kasmaran, Jimmy Asmara, Sang Hitam Rudy Kasmaran, Sang Hitam
4. ALIF SATAR Sesungguhnya Aku

 

Faizal Tahir, Romeo, Mike Chan, Ezra Kong Faizal Tahir, Romeo, Mike Chan, Ezra Kong
5. KUGIRAN MASDO Bercanda Di Malam Indah Ali Sariah Ali Sariah
6. LIZA HANIM Mimpi Hafiz Hamidun Fedtri Yahya
7. DEWI SERIESTHA Seindah Berdua Dewi Seriestha Dewi Seriestha
8. DAYANG NURFAIZAH Dia Omar K, Ezra Kong, Hael Husaini Omar K, Ezra Kong, Hael Husaini
9. SITI SARAH Semakin Mera Utama Mera Utama
10. AMYLEA X KAER Tak Pernah Hilang Farouk Roman Amylea
11. BEN LADIN Hikayat Benladin Dedeq & Malique Dedeq & Malique

 

  • Persembahan SFMM33 (Minggu kedua, 16 November)

  ARTIS LAGU KOMPOSER PENULIS LIRIK
1. ALTIMET Bunga Omar K, John Jeevasingam Altimet
2. KHAI BAHAR Luluh Khai Bahar Khai Bahar
3. KHAI BAHAR & FATIN HUSNA Rahsia Kita Harris Yusoff Jim Bimasakti
4. AKIM & THE MAJISTRET Stereotype

 

Laq & Hang Nadim Laq & Hang Nadim
5. AMAN AZIZ Sulit Asfan Shah Asfan Shah & Fedtri Yahya
6. ARA JOHARI Bunga Hang Nadim, Laq, Kadok Hang Nadim, Laq, Kadok
7. SHIHA ZIKIR Jagakan Dia Ippo Hafiz Ippo Hafiz
8. HAEL HUSAINI & DAYANG NURFAIZAH Haram Hael Husaini & Ezra Kong Hael Husaini & Ezra Kong
9. ISMAIL IZZANI Demi Kita Omar K, Ezra Kong, Adib Hamdi Omar K, Adib Hamdi, Ismail Izzani
10. STACY Cakap Ke Tangan Hang Nadim & Laq Hang Nadim
11. SYAMEL Kau Pun Sama Syamel & Kidd Santhe Syamel

 

  • Persembahan SFMM33 (Minggu ketiga, 23 November)
  ARTIS LAGU KOMPOSER PENULIS LIRIK
1. HAQIEM RUSLI Selamat Tinggal Sayang Haqiem Rusli Haqiem Rusli, Ibnu
2. HAQIEM RUSLI

ft AMAN RA

Jatuh Bangun Haqiem Rusli, Omar K, Ikhwan Fattana Haqiem Rusli, Omar K, Ikhwan Fattana, Aman Ra
3. HAEL HUSAINI Hajat Hael Husaini, Ezra Kong Hael Husaini, Ezra Kong
4. DAYANG NURFAIZAH Layarlah Kembali

 

Aubrey Suwito Ad Samad
5. SITI NORDIANA & JACLYN VICTOR Nisan Cinta Hael Husaini, Mike Chan, Ezra Kong Hael Husaini, Mike Chan, Ezra Kong
6. WANY HASRITA Rintihan Rindu Ibnu, Gouffran Ibnu, Gouffran
7. ONE AVENUE BAND Kisah Antara Kita Reyhan Reyhan
8. MISHA OMAR Sampai Bila Sharon Paul Fedtri Yahya & Shah Shamshiri

Jadi, lagu manakah yang berjaya ke peringkat akhir AJL nanti?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Senarai Peserta MENTOR 7 Protege Terbaik

Program HEI MASKULIN Kongsi Sisi Aspirasi Kejayaan Lelaki