in , ,

Menjelang Malam Berinai Fasha Sandha Malam Ini

Tetiba rasa teruja sebenarnya sebab ini kali pertama Budiey dijemput untuk menghadiri Malam Berinai selebriti ternama. Kalau resepsi dan majlis lafaz nikah tu selalu juga la.

Jarang kan selebriti nak ajak atau jemput media untuk buat liputan di Malam Berinai sebab bagi sesetengah orang kita, Malam Berinai ni sebenarnya satu acara santai untuk kawan-kawan terdekat dan keluarga sahaja. Ianya cukup intimate dan eksklusif.

Terima kasih buat pengurus Fasha Sandha yang sudi mengajak walaupun last minute katanya sekurangnya adalah buah tangan untuk Budiey menghadiri seterusnya buat liputan untuk Malam Berinai bagi meraikan hari-hari bahagia yang bakal disambut oleh pelakon Fasha Sandha tak lama lagi.

Cakap pasal Fasha Sandha, Budiey dari dulu mengikuti perkembangan selebriti jelita yang seorang ini. Sepanjang terlibat dengan dunia hiburan selama 12 tahun, Budiey dapat menyaksikan jatuh bangun beliau. Ternyata, sekarang Fasha kembali bahagia dengan adanya cinta hatinya, Aidil Aziz.

Sejak dua menjak bila kata nak menjadi isteri orang ni, rezeki Fasha Sandha semakin mencurah-curah. Rezeki orang nak kahwin la katakan. Terbaharu, Budiey ada menerima perkhabaran beliau akan menjadi duta produk minuman kesihatan.

Majlis pelancaran dan pengumuman akan diadakan dalam masa terdekat. Syukur la kan. Patutlah semakin berseri-seri Fasha Sandha sekarang ni. Semakin lebar senyuman terpahat di wajahnya. Mungkin Fasha dah mulai mengamalkan minuman kesihatan yang Budiey maksudkan tu kot.

Fasha Sandha

Selain itu juga, Fasha Sandha turut tampil dalam satu acara pelancaran telefon bimbit tak lama lagi. Jika korang perasan la kan, beberapa hari lalu, ada gambar-gambar romantis yang kononnya diambil semasa pengambaran pre-wedding Fasha dan Aidil. Nampaklah gaun warna putih rekaan dari Rizman Ruzaini tu. Khabarnya, gaun rekaan Rizman Ruzaini tu bakal disebut-sebut menjadi antara Wedding of the Year untuk tahun 2019.

Budiey tak nak cakap terperinci pasal gambar pre-wedding tu sebab mungkin Fasha terlibat sama dalam kempen pelancaran telefon bimbit terbaharu tu. Yang nak Budiey cakap kat sini, rezeki terbuka luas untuk Fasha sejak dia nak jadi isteri orang ni. Baguslah macam tu.

Apa-apa pun, Budiey doakan semoga majlis malam ini berlangsung dengan aman damai dan yang penting lancar. Khabarnya, tema malam berinai malam ni sangat meriah iaitu Melayu Klasik. Fuh! Nak kena hadir dengan baju Melayu ala bangsawan la ni.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem BU – KASIH SUCI Lakonan Remy Ishak & Rashidi Ishak

Awal Ashaari & Scha Alyahya Menang Tuntutan Saman RM345,305