in , , ,

Awal Ashaari & Scha Alyahya Menang Tuntutan Saman RM345,305

Berita ini diharapkan dapat memberikan pengajaran kepada semua selebriti dan juga usahawan di luar sana agar berhati-hati semasa ingin menjalinkan kerjasama untuk menjual sesuatu produk. Dari berita ini juga kita dapati tak semua peniaga boleh berurusan dengan baik dan ada yang pandai mengambil kesempatan.

Awal Ashaari & Scha Alyahya

Pada pagi tadi pelakon dan pengacara, Awal Ashaari, 38, telah menang kes tuntutan saman sebanyak RM345,305 terhadap syarikat D’Haja (M) Sdn Bhd yang menjadi pengedar kedua minyak wangi eksklusif mereka iaitu Blue dan Maroon di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Mahkamah turut memerintahkan D’Haja membayar faedah lima peratus, ganti rugi am RM10,000 serta kos RM5,000.

“Kami buat perkara ini bukan nak untung, tetapi menuntut hak yang sudah kami laburkan,”

– Awal & Scha

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari berkata, kemenangan itu cukup bermakna buat dia bersama isteri yang juga pelakon popular, Scha Alyahya sekali gus memberi pengajaran kepada pihak lain supaya menjalankan perniagaan secara jujur.

Awal Ashaari & Scha Alyahya Menang Tuntutan Saman RM345,305

“Kami lega kerana kemenangan berpihak kepada kami dan nasib terbela. Sebelum ini saya pernah buat banyak perniagaan. Banyak kali juga ditipu apabila ada pihak ambil kesempatan. Jadi, pada usia sekarang saya tidak mahu lagi dipijak. Cukup semua ini dan sampai waktu saya perlu bertindak.

“Kepada pengeluar produk dan ahli perniagaan, carilah rezeki dan berniaga dengan berhemah, jujur dan jangan ambil kesempatan atas kelemahan orang lain,”

– Awal Ashaari

Awal juga mengingatkan kepada rakan artis atau mana-mana pihak supaya memahami isi kandungan dan terma perjanjian.

Scha Awal
DARI kiri, peguam Datuk M Raja Reza Hassan. FOTO Sudirman Mohd Tahir

“Apabila ada sesuatu perjanjian memang kena buat penelitian. Jangan disebabkan terlalu teruja nak buat perniagaan hingga lupa dan terlepas pandang terma penting. Nasihat saya kepada semua yang nak memulakan perniagaan dapatkan khidmat peguam. Pastikan baca dan faham kontrak sebelum yakin untuk meneruskan perjanjian,”

– Awal Ashaari

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tuntutan balas D’Haja dan memerintahkan Awal dan Scha membayar RM55,000 kepada defendan selepas mendapati plaintif memungkiri perjanjian dengan menjual sendiri minyak wangi itu ke Brunei.

Awal Ashaari & Scha Alyahya Menang Tuntutan Saman RM345,305

Dalam saman yang difailkan pada 30 April tahun lalu, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir plaintif pertama dan Awal plaintif kedua mendakwa, mereka telah memesan 20,000 botol minyak wangi daripada Eree International dan membuat bayaran berjumlah RM310,000 kepada syarikat tersebut melalui dua pembayaran pada 11 Oktober 2016 dan 11 Januari 2017.

Pihak plaintif bagaimanapun mendakwa, D’Haja yang dinamakan defendan telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya selaras dengan terma-terma asas perjanjian selain gagal memulangkan 3,215 botol minyak wangi yang dikatakan rosak, gagal menyediakan rekod transaksi jualan dan enggan membayar tuntutan kerugian itu.

Sementara itu, Scha berkata, dia trauma dan serik bekerjasama dengan syarikat tempatan.

“Trauma dan serik memang ada, cuma saya ambil perkara ini sebagai pengalaman dan pengajaran untuk lebih berhati-hati.

“Kepada rakan artis lain, jika perkara sebegini terjadi pada diri, anda perlu ke depan. Jangan biarkan ia sentiasa menjadi nasib diri. Ini pengajaran termahal buat kami,”

– Scha Alyahya

Pada 30 April lalu Scha dan Awal selaku plaintif memfailkan saman terhadap D’Haja (M) Sdn Bhd selaku defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM300,000 atas dakwaan melanggar kontrak perjanjian berhubung penjualan produk minyak wangi yang dikeluarkan pasangan selebriti itu.

Sumber berita & gambar: Harian Metro

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fasha Sandha

Menjelang Malam Berinai Fasha Sandha Malam Ini

Fattah Amin

[VIDEO] Fattah Amin Buka Mulut Jawab Isu Berkaitan MRP