in

Mengenali Amsyar Lee Yang Tular di Twitter, Berbakat Tiru Suara Penyanyi Terkenal

Siapakah Dia Lelaki Bernama Amsyar Lee, Punya Bakat Tiru Suara Penyanyi! Siti Nurhaliza Pun Dia Pulun

BAKAT luar biasa seperti boleh meniru pelbagai jenis ton suara adalah satu anugerah istimewa. Tidak semua orang boleh meniru pelbagai jenis ton suara. Jadi kalau anda memilikinya, anda seorang yang bertuah! Ada ke orang yang boleh meniru pelbagai jenis ton suara? Ya ada, namanya ialah Amsyar Lee.

Baru-baru ini, video Amsyar Lee meniru pelbagai jenis ton suara telah tular dalam media sosial kerana keunikan bakat dimilikinya itu. Pemuda tersebut menggunakan laman Twitter untuk menghiburkan orang ramai dengan bakat luar biasanya itu. 

Amsyar Lee

Amsyar boleh meniru suara ramai penyanyi terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Jacklyn Victor, Elizabeth Tan, Ning Baizura, Adibah Noor, Nabila Razali, Aishah, Ziana Zain dan ramai lagi.

Aksinya yang bersahaja meniru suara penyanyi terkenal itu membuatkan netizen terhibur apatah lagi seamsa kita semua berada di Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Banyak juga video dia mengajuk suara penyanyi-penyanyi terkenal, namun ada satu video yang mendapat lebih daripada 20,000 ulang kicau dan tanda suka.

Video tersebut memaparkan dirinya sedang meniru suara penyanyi-penyanyi terkenal antaranya ialah Siti Nurhaliza dengan lagu berjudul Aku Bidadari Syurgamu.

“Boleh tag tak kawan siapa ni? Muka perlu oksigen, hahaha,”

– AMSYAR LEE

Ternyata ramai yang rasa pelik sebab Amysar adalah seorang lelaki tetapi mampu mengajuk atau meniru suara penyanyi wanita.

Amsyar Lee

Ramai yang keliru mengenai jantinanya apabila mendengar suaranya. Mungkin disebabkan itu, Amsyar dalam satu kenyataan, menjelaskan dia adalah seorang lelaki.

“Dia boleh tapau lagu Beribu Sesalan tu senang-senang je kalau karaoke,”

– Netizen
Amsyar Lee

Bagaimana? Adakah anda kagum dan terhibur dengan bakat luar biasa yang dimiliki oleh pemuda ini? 

Amsyar Lee

Jadi, kalau anda tertekan dan bosan duduk di rumah, apa kata korang tonton video-video yang dimiliki Amsyar dalam twitternya ini. Pasti terhibur! 

*Sumber: Twitter & Kita Reporters
Amsyar Lee

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pelik! Jika Dulu Dikenali Tempat Asal Covid-19, Wuhan Kini Dibanjiri 18 Juta Pelancong

MENCARI RAHMAT Inspirasi Naskah Oscar Wilde THE IMPORTANCE OF BEING EARNEST