in ,

Pelik! Jika Dulu Dikenali Tempat Asal Covid-19, Wuhan Kini Dibanjiri 18 Juta Pelancong

ENAM bulan yang lalu, sebuah kampung Yi Yu di Wuhan ini mengalami ‘lock down’ yang pertama dan paling ketat di dunia.

Namun ketika cuti sempena ‘Golden Week’ di China pada awal Oktober, jalan-jalan di Wuhan, iaitu kota asal penyebaran virus Covid-19, dilihat penuh dengan pelancong tempatan.

Kata seorang penduduk tempatan dikenali Yi, ketika keluar rumah, dia melihat banyak orang di jalan. Ramai orang beratur di depan gerai makanan beberapa hari yang lalu dan yakin kebanyakan mereka adalah pelancong.

Menurut Tribunes.com, Biro Pelancongan Wuhan turut mengesahkan perkara itu melalui data rasminya, Wuhan menerima lebih 18 juta pelancong semasa ‘Golden Week’ dari 1 hingga 8 Oktober lalu.

Wuhan China

Profesor dan pakar kesihatan dari Monash University di Melbourne, Australia, Hui Yang, berkata China telah menangani pergerakan sejumlah besar rakyatnya dengan betul.

“Pendekatan masyarakatnya sangat ketat dan aktif. Pergerakan ratusan juta orang di dalam negara dilengkapi dengan langkah-langkah perlindungan,”

Katanya, pihak berkuasa memantau secara dekat kontak rapat kes yang disahkan, dan mengkategorikan kawasan berdasarkan tahap risiko melalui alat pengesanan kontak.

Bekas diplomat China, Han Yang, yang kini tinggal di Sydney, mengatakan bahawa China agak berjaya mengawal wabak itu berbanding dengan banyak negara barat, sebahagian besarnya kerana sistem politiknya.

“China adalah negara yang mempunyai sistem autokratik, sekiranya kerajaan mengutamakan sesuatu, seluruh negara akan bergerak bersama di bawah perintahnya.

“Mobilisasi ini tidak wujud di negara-negara barat terutama di negara-negara persekutuan seperti Amerika Syarikat,”

Ini betul-betul tak aci dan tak adil. Covid-19 berasal dari Wuhan, sekarang kita pulak yang terpalit dan terseksa sebab kes makin meningkat. Orang Wuhan sekarang dah berpesta dan boleh keluar sesuka hati.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Imran Aqil Hero Remaja | 16

Drama LELAKI LINGKUNGAN CINTA Belum Disiar, Imran Aqil Cemas Dikecam ‘Kayu’

Amsyar Lee | 17

Mengenali Amsyar Lee Yang Tular di Twitter, Berbakat Tiru Suara Penyanyi Terkenal