in , ,

Tular Video Tiru Suara Siti Nurhaliza, Amsyar Lee Muncul Dengan Single TAK MUNGKIN

Setelah video Amsyar Lee viral di media sosial, ramai yang tertanya gerangan suara siapakah yang boleh meniru suara penyanyi-penyanyi popular. Ramai yang tak sangka, kini Amsyar Lee sudah bergelar penyanyi setelah melancarkan single pertama berjudul TAK MUNGKIN.

Video yang mempunyai keunikan meniru ton suara penyanyi terkenal di Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Nabila Razali dan Elizabeth Tan, kini Muhammad Amir Syafiq Bin Mohd Sadri atau lebih dikenali dengan Amsyar Leee, mengorak langkah dengan melancarkan single pertamanya yang berjudul “TAK MUNGKIN”.

Kalau lihat di media sosial Amsyar, aksinya meniru ton suara penyanyi penyanyi terkenal tersebut membuatkan netizen terhibur dengan telatahnya yang bersahaja. Selain daripada itu, pemuda yang berasal dari Selama Perak ini juga merupakan lepasan Diploma Seni Teater di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Perdana.

Menariknya, melalui lagu ini, Amsyar bekerjasama dengan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh dan lirik pula oleh Ikhwan Fatanna. Lagu yang berentak balada ini mengisahkan tentang seseorang yang baru mengenal apa itu erti cinta.

Amsyar Lee

Manakala untuk sesi rakaman bagi lagu “TAK MUNGKIN” ini pula mengambil masa selama 4 jam sahaja, tetapi sebelum memulakan proses rakaman, Amsyar sempat menghadiri beberapa kelas vokal bersama dengan Cikgu Afif Tirmizie untuk mengenal pasti ton suara sebenar Amsyar.

“Saya jadikan pengikut saya di media sosial sebagai semangat untuk saya kembangkan bakat yang saya ada melalui lagu saya sendiri.

Bagaikan mimpi menjadi kenyataan apabila dapat peluang untuk melancarkan single pertama ini dan juga dapat menghiburkan pengikut saya di media sosial”.

– Amsyar Lee
Amsyar Lee

Selain daripada itu, Amsyar juga turut berharap agar para pendengar dapat menerima bakat luar biasa yang dia ada seperti mempunyai ton suara persis suara wanita di dalam lagu ini.

Semestinya ini adalah satu anugerah istimewa yang ada pada diri Amsyar yang mampu membawa dia muncul di dalam industri muzik tanah air kerana tidak semua orang boleh meniru pelbagai jenis ton suara dalam bentuk nyanyian.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengikut dan peminat saya dari empat tahun yang lalu, dari saya tidak mempunyai pengikut yang ramai sehinggalah ke hari ini, TAK MUNGKIN saya berada di sini jika tiada support daripada anda semua. Terima kasih!”.

– Amsyar Lee
Amsyar Lee

Single “TAK MUNGKIN” terbitan Permata Muzik Records dan edaran Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 6 OGOS 2021.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PTTI Lancar Aplikasi Pembelajaran Dalam Talian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Selepas Aeril, Wawa Zainal Pula Positif Covid-19, Sampai Bila Mampu Bertahan?