in

Menangi Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti ke Konsert Alibi Cosmic

Sempena dengan pelancaran nama baru Metadome yang akan dikenali sebagai Alibi Music Sdn Bhd, satu konsert akan diadakan di Wisma Bentley, Mutiara Damansara pada 15 Januari 2010 ini.

Dengan itu, Budiey dengan kerjasama Metadome ingin menjemput 30 orang pembaca untuk menyaksikan persembahan artis di bawah naungan Metadome seperti Marsha, Liyana Jasmay, Hujan, Han, Imran Ajmain, Sleeq dan ramai lagi.

Vokalis Letto, Neo dan kumpulan Andra & The Backbone juga diundang membuat persembahan. Pada majlis itu juga akan dilancarkan klip video terbaru, The Fabulous Cats berjudul Cinta Kosmik. Lebih 24 buah lagu akan dipersembahkan selama dua jam tanpa henti.

Khabarnya, ada seorang model dan juga pelakon terkenal ikut sama join di bawah pengurusan Metadome nanti.. Nak tahu siapa, segalanya akan terjawab di Konsert Alibi Cosmic nanti:

Tarikh : 15 Januari 2010 – Hari Jumaat

Tempat : Wisma Bentley, Mutiara Damansara

Masa : 7.30 petang

Tema Pakaian: Cosmic Glitters

Tempat Letak Kereta: Public Parking Disediakan di Wisma Bentley. Parking alternatif di The Curve, Tesco dan IKEA. Surau berada di Aras 3, Wisma Bentley.

Budiey dengan ini ingin menjemput 30 orang pembaca ke Konsert Alibi Cosmic dengan hanya menjadi penghantar email terawal.

Tiada soalan dan tiada slogan! Sila emailkan kepada:

Tajuk Email: Saya Mahu Ke Konsert Alibi Cosmic

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
No IC:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Sila hantar sebelum: 14 Januari 2010

Jumpa anda di sana!

Untuk butiran lanjut, sila layari:

http://blog.metamobile.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Farawahida di Red Carpet Anugerah Juara Lagu Ke 24

Konsert Alibi Cosmic di Wisma Bentley Esok