in , ,

Video Temubual Bersama Johan Tempat Pertama SUPER SPONTAN SUPERSTAR

Pelawak Johan berkata dia akan membahagikan hadiah kemenangan wang tunai berjumlah RM100,000 sebagai juara Super Spontan Superstar kepada anak-anaknya untuk simpanan masa depan.

Johan atau nama sebenarnya, Muhammad Yazid Lim, 32, berkata, dia juga akan turut membahagi hasil kemenangan itu untuk ibu bapa, rumah kebajikan dan kelab peminatnya.

“Saya percaya rezeki yang saya dapat selama hari ini adalah rezeki anak-anak saya, jadi sebagai ketua keluarga saya bertanggugjawab untuk membahagikan sama rata kepada anak-anak saya.

“Selain itu, saya akan bahagikan juga kepada ibu-bapa, rumah kebajikan dan peminat,”

– JOHAN RAJA LAWAK

Johan ditemui pada sidang media selepas program akhir Super Spontan Superstar yang diadakan di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia (UPM), malam Jumaat.

Pelawak yang juga penyampai radio Era FM itu diumumkan sebagai juara dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Antara aksi peserta pada peringkat akhir Super Spontan Superstar.

Johan turut menewaskan isterinya Ozlyn yang hanya menduduki tempat kelima dengan membawa pulang RM5,000 beserta trofi.

Johan Tempat Pertama SUPER SPONTAN SUPERSTAR

Sementara itu, ditanya usikan rakan-rakan pelawak terhadap isterinya di atas pentas yang dianggap agak kasar, Johan berkata, ia hanya gurauan daripada rakan-rakan yang sudah dianggap seperti keluarga.

“Saya tidak kecil hati atau pun marah mereka berkasar dengan Ozlyn kerana mereka semua itu sudah seperti keluarga. Mereka selalu datang ke rumah dan makan sama-sama di rumah kami.

“Saya pun tahu kalau aksi tunjal-tunjal kepala tu bukan kuat pun, lakonan saja nampak lebih, selagi ia tidak keterlaluan saya tidak kisah,”

– Johan Raja Lawak

Sementara itu, ditanya tentang penglibatannya dalam program lawak terkenal Maharaja Lawak Mega, katanya, dia tidak lagi berminat berikutan komitmen yang terlalu tinggi.

“Super Spontan ini mudah, kita hanya bawa ilmu sahaja dan tiada persediaan apa-apa. Kalau Maharaja Lawak Mega agak berat kerana ia perlu komitmen seminggu untuk cari idea,”

– Johan Raja Lawak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Video Aiman Tino KU RELA DIBENCI Trending di Youtube Malaysia

Meet & Greet Bersama Anuar Zain di Mydin USJ Meriah