in

MAXIS ROJAK 360° Siri Filem 360° Malaysia Yang Pertama

Maxis bekerjasama dengan YouTube dan pembikin filem terkemuka di Malaysia – termasuk bintang YouTube The Ming Thing – untuk menghasilkan siri filem bertemakan Merdeka yang dirakam sepenuhnya menggunakan kamera 360°.

MAXIS ROJAK 360

Menggunakan video 360° YouTube, Maxis ingin memberi rakyat Malaysia peluang untuk “melihat Malaysia dari pelbagai perspektif yang berbeza”

Maxis Rojak 360° akan ditayangkan di YouTube kepada kira-kira 15 juta penonton melalui skrin mudah alih mulai 25 Ogos

Para pelajar dan orang ramai juga dijemput untuk menghantarkan karya filem Merdeka mereka untuk peluang filem mereka ditayangkan bersama pembikin filem terkemuka.

MAXIS ROJAK 360

MAXIS ROJAK 360° Siri Filem 360° Malaysia Yang Pertama Satu Projek Antara Youtube & Maxis

Maxis akan bekerjasama dengan YouTube dan pembikin filem terkemuka Malaysia untuk menghasilkan satu siri filem bertemakan Merdeka, dirakam sepenuhnya menggunakan kamera 360° tercanggih. Maxis akan bekerjsama dengan pembikin filem berikut dan juga sedang mencari filem-filem lain dari orang ramai:

• The Ming Thing – Bintang YouTube dengan lebih 20 juta tontonan video
• Junad Mohd Nor – Filemnya bertajuk Ikal Mayang’s Odah telah ditayangkan di Pesta Filem Antarabangsa Busan
• Denes Kumar & Vimala Perumal – Pembikin filem Vetti Pasanga, sebuah filem box office Tamil

Menggunakan video 360° YouTube, Maxis ingin memperkuasakan rakyat Malaysia untuk “melihat Malaysia dari pelbagai perspektif yang berbeza”.

“Bertukar arah daripada penayangan filem-filem ini melalui cara konvensional seperti menayangkannya di pawagam, filem-filem pendek ini sebaliknya akan ditayangkan secara eksklusif melalui platform YouTube kepada penonton yang dianggarkan berjumlah 15 juta melalui skrin mudah alih mereka mulai 25 Ogos. Oleh kerana filem-filem yang menggunakan kamera 360° menghasilkan video yang benar-benar menyeluruh, ia adalah satu cara yang baik untuk menunjukkan betapa hebatnya rangkaian Maxis 4G yang memberikan pengalaman video yang lancar dan tanpa gangguan,” kata Sulin Lau, Ketua Perkhidmatan Pemasaran Maxis.

Untuk siri filem ini, pembikin filem telah mendapat inspirasi daripada kepelbagaian rakyat Malaysia dan akan berkongsikan cerita yang menunjukkan bahawa walaupun negara ini terdiri daripada pelbagai orang yang berbeza, kita masih boleh bersatu dan menerima perbezaan antara satu sama lain.

“Saya ingin menghasilkan sebuah filem yang menceritakan maksud sebenar persahabatan. Kita tahu bahawa tiada ada prasangka atau penilaian dan kita semua berkawan tidak kira latar belakang atau perbezaan masing-masing. Satu lagi adalah perkara-perkara kecil dalam kehidupan harian kami yang mungkin kita abaikan. Itu adalah sesuatu yang kami ingin kongsikan juga,” kata The Ming Thing.

“Kami ingin menghasilkan sebuah filem mengenai pelbagai orang yang telah kami temui. Kaya atau miskin, muda atau tua, mereka memberi inspirasi kepada kami!” kata Denes & Vimala.

“Setiap individu adalah berbeza. Kita berbeza dari segi pendirian, kelebihan dan mungkin kekurangan. Dengan projek ini, saya ingin meraikan setiap perbezaan itu, sebab untuk terus ke depan walaupun berbeza, Malaysia saling memerlukan,” kata Junad.

Maxis dan YouTube juga menjemput pelajar dan orang ramai untuk menghantar filem Merdeka mereka sendiri untuk peluang filem mereka ditayangkan bersama pembikin filem terkemuka ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siri filem ROJAK 360° Maxis, sila layari www.maxis.com.my/rojak360

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Datuk Dahlan Zainuddin Sedang Sakit Tenat

Cara Mudah Untuk Buat Tempahan Awal Samsung Galaxy Note7