in

Maxis Lancar MAXISONE CLUB Untuk Ahli Elite

Maxis hari ini melancarkan program baru MaxisONE Club (MOC) dengan keistimewaan yang dipertingkatkan untuk ahli-ahli MOC Elite dan sebuah program yang lebih mudah dan berstruktur bagi mengiktiraf kesetiaan pelanggan. Pelanggan pascabayar Maxis dijemput untuk menjadi sebahagian daripada MOC (purata perbelanjaan bulanan sebanyak RM150) atau MOC Elite (purata perbelanjaan bulanan sebanyak RM500), yang menikmati prioriti perkhidmatan, pengalaman dan ganjaran berdasarkan dua peringkat.

Photo 1

AHLI-AHLI MOC ELITE

Perkhidmatan Prioriti
• Perkhidmatan Peribadi
Hanya satu panggilan percuma, sama ada dari rumah atau di luar negara apabila merantau untuk menghubungi Talian Bantuan kami, dengan akses langsung ke pengurus perhubungan khusus
Akses trek pantas di Pusat Maxis dengan prioriti barisan gilir

• Penghantaran Ekspres
Perkhidmatan penghantaran SIM untuk penggantian SIM yang rosak atau hilang setiap kali mereka memerlukannya

Pengalaman Prioriti
Pengalaman khusus bagi para pelanggan kami yang paling arif, dengan tujuan menyampaikan:
Pengalaman Kulinari Unik – Acara-acara jemputan sahaja yang menawarkan konsep makan yang unik, tukang-tukang masak terkenal dan lokasi yang eksotik. Acara pertama akan diadakan di lokasi rahsia pada 30 Mei 2015
Pengalaman Gajet Unik – Pra-tonton peribadi bagi alat-alat terkini dan peluang untuk menjadi antara yang pertama untuk memilikinya. Acara pra-tonton pertama akan diadakan bagi telefon pintar Samsung S6/S6 Edge yang terbaru pada 11 April 2015, dengan jemputan.

Photo 3

SEMUA AHLI MOC

Ganjaran Prioriti
Satu koleksi ganjaran dan keistimewaan yang dibuat secara khusus bagi para pelanggan setia kami, yang disampaikan melalui MyMaxis App, saluran perkhidmatan layan diri dan ganjaran kami. Ganjaran-ganjaran termasuk:

• Diskaun:
Diskaun dan tawaran eksklusif khas untuk ahli sahaja daripada peniaga-peniaga pilihan
Pelbagai kategori peniaga dikemaskini setiap bulan

• Akses Peribadi:
Acara pertama bagi siri ini telah diadakan pada 26 Mac 2015 dimana ahli MOC berpeluang bertemu artis terkenal dari Hong Kong, iaitu Jacky Cheung, di satu acara peribadi
Untuk acara yang akan datang yang akan diadakan pada 3 Mei 2015, pelanggan MOC boleh menikmati akses belakang pentas khas untuk bertemu dengan Backstreet Boys secara peribadi serta berpeluang mendapat tempat duduk VIP.

“Memberi ganjaran kepada semua pelanggan kami sentiasa menjadi keutamaan bagi kami di Maxis, dan ia mewakili penghargaan kami atas sokongan mereka. Hari ini, bagaimanapun, kami ingin mempamerkan sesuatu yang istimewa bagi ahli MOC kami yang telah bersama kami selama sekurang-kurangnya setahun, dimana ramai daripada mereka mempunyai beberapa jenis perkhidmatan mudah alih. Kami menghargai kesetiaan dan pilihan mereka untuk bersama kami. Oleh itu, kami sudah tentu berasa amat berbesar hati dan berterima kasih, dan hari ini mewakili perasaan tersebut,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Untuk layak menjadi ahli MOC, pelanggan hanya perlu melanggan pelan pascabayar, mempunyai purata perbelanjaan bulanan sebanyak RM150 (MOC) atau RM500 (MOC Elite), menjadi pengguna pascabayar selama sekurang-kurangnya setahun, dan membuat bayaran secara konsisten dan menepati masa dalam tempoh 12 bulan.

Untuk menyemak status anda dan menikmati ganjaran eksklusif MOC, anda hanya perlu memuat turun aplikasi MyMaxis secara percuma dari Google Play untuk pengguna Android dan dari App Store untuk pengguna iOS. Sebaik sahaja dimuat turun, hanya log masuk sekali sahaja untuk mengakses maklumat akaun dan ganjaran mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dynas Mokhtar Selendang | 18

Dynas Mokhtar Dalami Watak Polis Menerusi Telemovie ADELIA

Cakra Khan Bakal Buat Persembahan di Menara Kuala Lumpur