in , ,

Mark Adam Selit 12 Nama Artis Wanita dalam AMNESIA

Dah lama kita tak dengar lagu yang menyelitkan nama-nama artis dalam sebuah lagu. Dulu-dulu ada jugak Shamsul Ghau Ghau nyanyi lagu semacam tu. Tapi yang tu semua nama ada. Terbaharu, Mark Adam melakukan formula yang sama. Itu sahajakah uniknya lagu ni? Jom kita dengar.

Setelah kejayaan lagu Marry Me dan Si Katak, penyanyi, pelakon dan guru vokal Mark Adam tampil dengan single terbaharu yang berjudul ‘Amnesia’ pada 17 Januari 2019 baru-baru ini. Kali terakhir Mark Adam, 38, mencipta lagu dan menulis lirik untuk diri sendiri adalah pada tahun 2016 melalui lagu Marry Me.

Mark Adam - AMNESIA

Antara yang turut sama menyumbang dalam pembikinan Amnesia adalah Adeep Nahar dan Sahri Selamat dari Suara Academy. Menurut Mark Adam, proses menyiapkan lagu ini memakan masa selama 3 bulan dari penciptaan lagu, lirik dan rakaman sehingga siap untuk diterbitkan.

Lagu Amnesia berunsur ‘humor’ ini turut menyelitkan 12 nama artis wanita popular di Malaysia antaranya Sharifah Sakinah, Neelofa dan Izara Aishah.

Untuk kali ini, Mark Adam bekerjasama dengan syarikat rakaman Monkey Bone sebagai pengedar digital Amnesia.

Untuk memahami tentang Amnesia, sebuah muzik video berunsur komedi sudah sedia ditonton di saluran YouTube Monkey Bone. Idea untuk menjadikan video ini diterima penonton disampaikan oleh Mark Adam dengan baik sekali.

Amnesia boleh didengari di semua platform digital Spotify, Joox, Apple Music, iTunes, KKBox & Deezer.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sufian Suhaimi Bintangi Telemovie BAYANG Arahan Zulhuzaimy

Faizal Tahir Cakap Indonesia dalam BISA AJA