in , ,

Penyanyi Cilik Angelica Petra Tampil Dengan Lagu SELAMANYA BERSAMA Bersama Mark Adam

‘Berkisar Tentang Hubungan Antara Anak & Ayah Angkat’

Boleh dikatakan setakat ini tidak ramai penyanyi-penyanyi cilik yang muncul dalam industri hiburan tanah air.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita ketandusan bakat kanak-kanak yang boleh diketengahkan untuk menjadi seorang penyanyi.

Yang terbaharu, kemunculan seorang penyanyi kanak-kanak iaitu Angelica Petra Battle atau Angel bakal mewarnai dunia hiburan nyanyian tempatan.

Lebih menarik lagi, Angel baru sahaja berusia 9 tahun dan juga pernah berlakon dalam beberapa buah filem termasuk filem pertamanya di Indonesia yang bertajuk PERJALANAN PERTAMA.


Ibunya, Dato Rosmar Ayu Mokhtar berkata, bakat anaknya itu mula dikesan apabila sering berkaraoke ketika berada di rumah.

“Semasa dalam tempoh PKP pada Mac 2020, saya lebih banyak luangkan masa bersama anak anak di rumah, kami lakukan perlabagai aktiviti di rumah bersama termasuklah karaoke. 

“Dari situlah saya melihat bakat potensi ada pada anak anak saya termasuk Angel yang sangat berbakat dalam nyanyian cuma tinggal lagi sokongan dari saya,” ujarnya. 

Menurut Dato Ayu, dia telah menghubungi beberapa guru nyanyian untuk menghantar anaknya itu menghadiri kelas vokal, namun hanya Mark Adam sahaja yang memberi maklum balas serta bersetuju menerima anak-anaknya termasuk Angel sebagai anak didiknya. 

Angelica Petra

Bagaimanapun, jelas beliau perbincangan bersama Mark Adam adalah sangat perlu bagi beliau memahami hala tuju saya terhadap nyanyian anak-anaknya. 

Ujarnya, kelas berkenaan penting bagi memantapkan lagi vokal serta mempertingkatkan nilai persembahan dalam nyanyian.

“Setelah beberapa lama menghadiri kelas vokal, saya dah Mark Adam berbincang untuk menghasilkan sebuah lagu buat Angel.

“Lagipun ketika itu Mark Adam menyatakan vokal Angel juga semakin baik dan anak saya dilihat sudah bersedia untuk masuk ke studio rakaman,” ujarnya.


Bercerita lebih lanjut mengenai lagu Selamanya Bersama, Dato Ayu berkata, ia merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Mark Adam serta diilhamkan sendiri oleh Dato Ayu yang mendedikasikan lagu ini kepada ayahnya En Mokhtar.

Jelas beliau, lagu berkenaan dirakamkan pada Disember 2020, manakala muzik video pula dihasilan pada Februari lalu.

“Kalau kebanyakan lagu yang dihasilkan sebelum ini banyak berkisar tentang ibu, namun Selamanya Bersama ini lebih kepada seorang bapa.

“Selamanya Bersama ini memaparkan kisah mengenai hubungan antara seorang anak dan ayah angkatnya yang sudah seperti dianggap sebagai bapa sendiri,” jelasnya.

Dato Ayu memberitahu, dia meletakkan harapan agar lagu berkenaan diminati pendengar dan berharap orang ramai dapat menerima kemunculan anaknya dalam industri nyanyian pada usia yang cukup muda. 

Sementara itu, Mark Adam selaku komposer menyatakan lagu tersebut mempunyai kenangan tersendiri dan terdapat cerita di sebaliknya. 

Ujar Mark Adam, lagu berkenaan mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang kehilangan kedua ibu bapa dan kemudian dia dijaga oleh seorang lelaki yang akhirnya dianggap sebagai seorang ayah.

“Saya juga anggap lagu ini istimewa kerana pertama kali hasilkan lagu untuk kanak-kanak dan melihat Angel mempunyai vokal yang sangat unik.

“Apabila diminta oleh ibu Angel sendiri untuk hasilkan sebuah lagu, saya banyak mengkaji tentang diri Angel, terutama mengenai perangai dan karakternya,” ujar Mark.

Jelasnya, untuk mencipta lagu ini, ia adalah berdasarkan kepada pengalaman bagaimana ibu dan bapa membesarkannya.

“Disebabkan itu saya tidak mengambil masa yang lama untuk menghasilkan lagu dan lirik Selamanya Bersama. 

Pada masa sama, Mark juga mengakui pada mulanya berhadapan dengan cabaran ketika rakaman memandangkan Angel baru berusia 9 tahun dan mempunyai mood nya sendiri.

Ujarnya, namun lama-kelamaan setelah Angel memahami serba sedikit tentang muzik dan rakaman, akhirnya rakaman berjalan lancar.

“Kadang-kadang kanak-kanak ni kita tak boleh paksa dan kena ikut mood dia. Alhamdulillah, Angel ni sebenarnya berbakat dan mudah memahami apa yang dipelajarinya,” jelasnya.

Muzik video lagu Selamanya Bersama akan mula disiarkan di saluran YouTube D’Ayu Music mulai 26 JUN 2021.

Angelica Petra

*INFO ANGEL

  • Nama sebenar Angel adalah Angelica Petra Battle dan dilahirkan pada 24 Mac 2012 serta dibesarkan di Bandar Baru Bangi.
  • Lebih awal menceburi bidang lakonan, Angel pernah berlakon dalam sebuah filem Indonesia yang bertajuk Perjalanan Pertama, serta 2 buah filem di Malaysia iaitu Daddyku Gangster dan Harum Malam. Kesemua filem ini masih menunggu waktu tayangan yang sesuai.
  • Angel bersekolah di sebuah sekolah antarabangsa The International Modern Arabic School 
  • Angel belajar vokal di Suara Academy milik Mark Adam dan berada di bawah bimbingan Cikgu Mimi. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muhyiddin Yassin | 23

Moratorium 6 Bulan & i-Citra, Ini Inisiatif Lain PEMULIH Yang Diumumkan PM

Siti Elizad | 24

Tiga Hari Tutup Telefon Selepas Digelar Mandul, Terkini Elizad Kongsi Satu Berita Gembira