in ,

Sufian Suhaimi Bintangi Telemovie BAYANG Arahan Zulhuzaimy

Bukan mudah nak berlakon. Terutama buat anak muda yang berjinak-jinak untuk beralih angin dari seorang penyanyi dan mahu mencuba bidang lakonan pula. Seperti Sufian, beliau harap masyarakat dapat menerima lakonan dengan terbuka.

Dalam perkembangan terbaru, penyanyi Sufian Suhaimi baru selesai membintangi telefilem berjudul BAYANG arahan Zulhuzaimy. Menurut Sufian, terlibat dengan produksi drama terbitan Primeworks Studio kali ini memberikan pengalaman baru untuk mencuba dan menceburi bidang lakonan. Mana tahu, ada bakat dan diterima oleh orang ramai, Sufian akan terus mencuba mencari peluang untuk berlakon lagi selepas ini.

“Saya berganding dengan Elisya Sandha. Sebelum ini, saya sekadar memegang watak kecil.”

“Kali ini, saya jadi hero pula. Memang saya gementar menunggu maklum balas peminat,”

– Sufian Suhaimi

Menerusi telefilem itu, Sufian memegang watak Pyan, iaitu graduan dalam bidang perakaunan yang bekerja sebagai penghantar barang dan penyanyi jalanan.

“Bidang lakonan tidaklah asing bagi saya. Ketika sedang melanjutkan pelajaran dahulu, saya aktif melibatkan diri dengan pementasan teater di kampus.

“Cuma kali ini, saya sedikit gementar kerana saya terlibat secara penuh dalam sebuah telefilem,” 

– Sufian Suhaimi

Menurut Sufian, di sebalik perasaan teruja, dia juga mengakui gementar kerana tidak tahu apakah reaksi penonton apabila menyaksikan lakonannya di layar kaca kelak.

Menerusi telefilem arahan Zul Huzaimy itu, Sufian memegang watak utama berpasangan dengan pelakon baharu, Elisya Sandha.

Bagaimanapun, Sufian menjelaskan, dia masih menjadikan bidang nyanyian sebagai prioriti.

“Tidak salah rasanya saya cuba berlakon memandangkan ia satu cabang seni baharu yang agak mencabar.

“Namun, bidang nyanyian masih tetap menjadi keutamaan saya,” 

– Sufian Suhaimi

Sedikit sinopsis yang diberikan tentang drama BAYANG, ia sebuah drama yang bakal menyayat hati penonton dengan babak sedih dan tragis.

“Pyan bekerja kuat kerana mahu membantu ibunya yang sakit. Malah, dia juga menyelamatkan Maya (Elisya) daripada terjerumus ke kancah pelacuran.”

– Sufian Suhaimi

Antara pelakon yang membintangi drama BAYANG ialah Eizlan Yusof, Elisya Sandha, Aleza Shadan, Riena Diana, dan ramai lagi. Drama yang akan ditayangkan di TV3 ini merupakan salah sebuah drama untuk tribut dan juga sempena Anugerah Juara Lagu 33.

Khabarnya dulu, Sufian cakap mahu melebarkan sayap ke Indonesia, apa cerita?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mamat Khalid Terpaksa Berehat Kerana Masalah Kesihatan

Mark Adam Selit 12 Nama Artis Wanita dalam AMNESIA