in , ,

Selepas Lima Bulan, Mark Adam Tinggalkan Hot FM

Februari lalu, pelakon dan penyanyi, Mark Adam diumum sebagai penyampai radio segmen Geng Pagi Hot di stesen radio Hot FM menggantikan Shuib Sepahtu yang mengundur diri pada akhir Januari.

Foto Kredit: SalamToday.com

Bergandingan bersama Fizie, ramai yang terhibur mendengar telatah selamba Mark Adam yang mencuit hati. Walau bagaimanapun, Mark Adam menerusi entri terbaru di Instagram mengucapkan selamat tinggal kepada pendengar dan rakan-rakan penyampai. Penyanyi yang popular dengan lagu Marry Me ini mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang khidmatnya di situ.

Saya nak ucapkan terima kasih banyak kepada pendengar-pendengar Hot FM. Pendengar-pendengar GPA, petang dan malam. Di sini saya nak ucapkan selamat tinggal kepada Hot FM. Saya nak ucapkan terima kasih banyak kepada rakan-rakan di Hot FM. Banyak mengajar sampai bahasa Melayu saya lancar.

Terima kasih banyak pendengar. Teruskan sokongan kepada Hot FM kerana ada benda-benda baik yang akan datang. Selama saya berada di sini, saya sangat bertuah dengan kerjaya yang diberikan tapi hidup harus diteruskan. 

Tapi apa yang saya nak sampaikan cinta dan sayang saya kepada pendengar dan rakan-rakan di Hot FM.

Rakan penyampai, Fizie dilihat menitiskan air mata memeluk Mark Adam yang berkhidmat untuk kali terakhir, hari ini. Meluahkan rasa bertuah kerana telah diberi peluang belajar, Mark Adam memohon pendengar setia menyokong stesen radio tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Caprice | 23

Selepas Poster Dipadamkan, Netizen Tanya Apa Jadi dengan Pendedahan Caprice Pada 21 Julai

Ebit Lew 2020 | 24

Di Sebalik Kekalutan Yang Berlaku, Sekali YDP Agong Keluar Ucapan Ini Kepada Ebit Lew