in

Makan Malam Anuar Zain Sempena Ulangtahun Pusat Jantung Kanak-Kanak Kongenital

Pada jam 11 pagi tadi, telah berlansung sidang media Anuar Zain di Institut Jantung Negara. Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur di mana Anuar Zain mengumumkan beliau bakal memeriahkan serta buat persembahan di majlis makan malam sempena ulangtahun kedua Pusat Jantung Kanak-Kanak Kongenital IJN (IJN PCHC).  Wah, Budiey tak sabar untuk menonton persembahan ini. Anda macamana?

IJN PCHC akan melancarkan “PCHC Support Group” yang dinaungi oleh YABHG Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohamad Ali. PCHC Support Group ini ditubuhkan dengan objektive adalah untuk membantu pesakit dan keluarga / penjaga semasa proses perawatan di IJN serta menguruskan pesakit-pesakit jantung kongenital ini.

Makan Malam Bersama Anuar Zain Penuhi Harapan Pesakit Kanak-Kanak Di Institut Jantung Negara

Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut, PCHC Support Group ini memerlukan dana dan sukarelawan bagi membantu pesakit jantung kanak-kanak ini. PCHC Support Group ini adalah kumpulan sukarelawan yang berkerja sebagai rangkaian sokongan di kalangan ibu bapa dan kanak – kanak pesakit jantung. Melalui kumpulan sokongan ini, mereka berkongsi pengalaman dan memberi sokongan terhadap ibu bapa yang mempunyai anak pesakit jantung.

Antara tujuan PCHC Support Group adalah :-

1. Memberikan didikan kepada kanak – kanak pesakit jantung kongential.
2. Memberikan maklumat kesihatan mengenai penyakit jantung kongential.
3. Menganjurkan beberapa aktiviti seperti ceramah dan seminar bagi ibu bapa dan keluarga mengenai isu – isu rawatan dan penjagaan kesihatan
4. Memberikan sokongan psikologi sebagai contoh kaunseling kepada keluarga pesakit atau penjaga.
5. Menghubungkan dengan rangkaian badan-badan professional, agensi-agensi kerajaan dan individu yang terlibat.
6. Membantu ibu bapa / penjaga dalam menguruskan anak – anak mereka dan berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa / penjaga.
7. Memberi panduaan kepada ibu bapa mengenai penyelesain jangka panjang yang sesuai dengan keperluan penjagaan kesiahatan mereka.
8. Menyediakan bantuan kewangan kepada ibu bapa semasa berada di hospital sekiranya memerlukan.
9. Menganjurkan aktiviti – aktiviti bagi mengumpul dana daripada IJN foundation, badan korporat/individu bagi membantu kanak – kanak pesakit jantung yang mengalami masalah kewangan untuk proses pembedahan.

Untuk merealisasikan inisiatif ini, satu majlis makan malam amal akan diadakan seperti maklumat dibawah:

Tarikh : 5 Disember 2014
Masa : 8.00 mlm – 11.00 mlm
Tempat : Grand Ballroom, The Majestic Hotel, Kuala Lumpur

Tiket untuk majlis makan malam ini boleh dibeli melalui TicketCharge’s Hotline : +603 9222 8811. Website: www.ticketcharge.com.my.

Manakala untuk pembelian meja koporat boleh dibuat secara terus melalui talian +03 26178430/8317/8465 (Aziee Jais)

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Video Ulasan Filem THE EQUALIZER – Gila Wayang

Gambar Lee Min-Ho di Meet & Greet Bersama Peminat di KLCC