in

Gambar Lee Min-Ho di Meet & Greet Bersama Peminat di KLCC

Bintang Korea Lee Min-ho merupakan duta baru untuk OSIM uDiva. OSIM uDiva menampilkan Teknologi Urutan Bebola-Kuasa 3D (3D Power-Ball Massage Technology) dalam satu reka bentuk yang menarik bagi memenuhi keperluan terhadap fungsi dan estetik.

OSIM (M) Sdn Bhd, peneraju global produk gaya hidup yang sihat, membawa Superstar Korea Lee Min-ho ke Malaysia sebagai duta kepada wonder sofa OSIM uDiva. Ia merupakan sofa 3 dalam 1, kerusi urutan dan berehat yang pertama di dunia untuk pengguna moden. Sofa ini dilengkapi Teknologi Urutan Bebola-Kuasa 3D (3D Power-Ball Massage Technology) yang menawarkan tiga tahap urutan protrusi (bonjolan) yang lancar dan kuat berdasarkan kepada kontur tubuh manusia.

Wonder sofa baharu ini dibina untuk ruang kehidupan moden. Ia hadir dalam bentuk lebih kecil yang menjimatkan sehingga 24 peratus ruang, pada masa sama mengekalkan fungsinya untuk menawarkan keselesaan yang tiada hadnya. Bukan itu sahaja, reka bentuk OSIM uDiva juga cantik dan moden. Ia dibina menggunakan material kulit yang cantik bersama sentuhan moden yang boleh dipadankan dengan apa jua dekorasi kediaman.

“OSIM ialah jenama utama di Asia apabila menyentuh tentang produk-produk gaya hidup yang sihat. Kami telah berusaha keras dalam bidang penyelidikan dan pembangunan produk-produk kami. Ini bagi memahami gaya hidup pengguna dan dapat menghasilkan satu produk yang mampu memenuhi keperluan mereka. Konsep di sebalik OSIM uDiva adalah gaya hidup moden untuk dipadankan dengan ruang tamu yang tidak terlalu besar dan minimalis. Pada masa yang sama menawarkan program-program urutan terbaik kepada para pengguna. Solusi kami adalah untuk memenuhi keperluan estetik dekorasi moden, di samping menawarkan urutan terbaik untuk menyegarkan kembali tubuh para pelanggan kami. Hasilnya ialah sebuah kerusi urutan yang bukan sahaja dibuat untuk mengurut, malah 3 dalam 1 yang boleh ditukar untuk memenuhi gaya hidup moden,” kata Pengurus Besar OSIM Malaysia Sdn. Bhd., Chia Sook Fun.

Lee Min-ho menyertai senarai duta yang memiliki reputasi tinggi seperti bintang pop Kantonis lagenda Andy Lau, Sammi Cheng dan bintang-bintang lain untuk mempromosikan OSIM uDiva yang mempunyai reka bentuk menarik. Selain daripada menyokong produk ini menerusi bahan-bahan promosi, bintang Korea ini juga terlibat dalam kempen pemasaran OSIM yang melibatkan siri jelajah ke lima buah negara untuk bertemu peminat sejak Jun lalu. Malah, iklan televisyen OSIM uDiva just dibintangi oleh Lee Min-ho.

“Sebagai seorang pelakon, saya sentiasa bekerja keras untuk mendapatkan kualiti lakonan yang terbaik untuk para penonton. Jadual harian membuatkan fizikal dan mental saya menjadi penat. Saya memperoleh keselesaan dan kelegaan dengan OSIM uDiva agar tubuh serta minda saya dapat berehat sepenuhnya. Secara estetiknya, sofa ini cantik bila dipandang dan saya boleh duduk serta berehat dengan selesa. Program urutannya yang berbagai-bagai juga cukup mengagumkan. Ia menawarkan urutan yang menyeluruh dan berkuasa untuk melegakan otot-otot saya. Saya benar-benar kagum dengan OSIM uDiva,” kata Lee Min-ho.

MEMPERKENALKAN URUTAN PENUH KUASA DALAM BENTUK YANG LEBIH KECIL

Direka sebagai sebuah sofa yang boleh diubah untuk gaya hidup pengguna moden, OSIM uDiva menawarkan 6 program urutan yang direka secara profesional bagi memberikan para pengguna:-

• Sofa penuh gaya untuk ruang dalaman rumah
Dibalut dengan kulit dan rekaan upholsteri yang cantik bersama pilihan warna-warna kontemporari, uDiva boleh menjadi sebuah sofa yang bergaya untuk apa jua dekorasi ruang tamu anda. Dengan bentuknya yang kecil, ia juga direka agar boleh dimuatkan dalam mana-mana ruang rumah.

• Kekuatan Urutan yang Terkawal
Teknologi urutan Bebola-Kuasa 3D hadir bersama tahap kekuatan berbeza untuk menawarkan tahap tekanan yang anda perlukan dengan betul. Bebola urutan berbentuk bulat membolehkan para pengguna menikmati pengalaman urutan yang lancar dan berkuasa berdasarkan kepada kontur tubuh manusia. OSIM uDiva juga boleh diubah suai bagi mensasarkan kawasan-kawasan tertentu untuk diurut dan disentuh atau kedua-duanya secara serentak menerusi fungsi Dual Massage.

• Enam Program yang Direka Secara Profesional

Direka bagi menawarkan pengalaman urutan seluruh badan yang terbaik, OSIM uDiva dihasilkan untuk memberi keselesaan, memanjakan dan melegakan otot-otot yang kepenatan melalui enam pilihan urutan yang boleh diubah suai. Program-program urutan itu ialah:

• Leher & Bahu, menggunakan titik akupuntur Feng Chi untuk melegakan ketegangan serta sakit leher dan bahu selepas sehari suntuk bekerja
• Spa, program kegemaran golongan wanita yang merangkumi sesi memanjakan seluruh tubuh. Ia membantu merangsang penghasilan semula sel dan peredaran darah untuk kesejahteraan hidup secara keseluruhannya
• Happy Hour, urutan selepas waktu pejabat yang amat digemari. Ia dapat melegakan rasa sakit pada bahagian leher, bahu dan belakang mereka yang kuat bekerja
• Lumbar, berfungsi mengendur dan melegakan ketegangan pada bahagian bawah belakang badan bagi mereka yang duduk dalam tempoh lama atau melakukan aktiviti-aktiviti lasak yang melibatkan bahagian belakang tubuh
• Stretch, untuk mereka yang menjalani gaya hidup aktif dengan membantu mereka mengendurkan otot-otot dan meningkatkan fleksibiliti, terutama selepas melakukan aktiviti-aktiviti aktif
• Sleep, urutan dengan rentak yang lembut untuk melegakan tubuh sebagai persediaan tidur yang nyenyak

Dengan lebih 35 tahun berada di pasaran 31 buah negara dan menjadi jenama gaya hidup sihat nombor satu di Asia, OSIM terus menghasilkan berbagai inovasi terbaik demi mencapai matlamatnya untuk menggalakkan gaya hidup yang berkualiti. Dilengkapi dengan ciri-ciri urutan terbaik di dalam sofa yang direka cukup elegan, OSIM percaya bahawa OSIM uDiva ialah dekorasi yang diinginkan kerana ia menawarkan aspek praktikaliti dan estetik. OSIM uDiva menjadi bukti syarikat untuk melangkah setapak lagi ke hadapan dalam usaha memenuhi keperluan generasi akan datang menerusi produk yang inovatif dan memiliki rekaan menarik, di samping menawarkan prestasi terbaik untuk para pengguna.
OSIM uDiva kini boleh didapati dalam tiga warna iaitu merah jambu (Gorgeous Pink), merah hati (Luscious Maroon) dan hitam (Stunning Black) di semua cawangan OSIM pada harga pengenalan RM6,788 seunit. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: www.osim.com atau ikuti OSIM di Facebook: http://www.facebook.com/OSIM.Malaysia.

Lee Min-ho Audience Group Photo

L2R Chia Sook Fun (General Manager of OSIM Malaysia), Lee Min-ho (OSIM uDiva Ambassador), Dato Tay Sim Kim (Chairman of OSIM Malaysia) celebrates OSIM 35th Anniversary

NKK_1032

Ms Chia Presenting OSIM Gift to Lee Min-ho

Lee Min-ho posing with the signed OSIM uDiva

Lee Min-ho Launch Gambit

Fan Game with Lee Min-ho (1)

Fan Game with Lee Min-ho (2)

Fan Game with Lee Min-ho (3)

Fan Game with Lee Min-ho (4)

L2R Doris Chua, Cheryl Chua, Chia Sook Fun, Lee Min-ho, Dato Tay Sim Kim, Nancy Lam, Weng Fei, celebrates OSIM 35th Anniversary

Lucky Fans Group Photo with Lee Min-ho

YLC_3372

OSIM Team Group Photo with Lee Min-ho

Lee Min-ho Press Conference Appearance

Ms Chia Presenting OSIM Thank You Card to Lee Min-ho

Mengenai OSIM (Malaysia) Sdn Bhd
Ditubuhkan pada tahun 1992, OSIM (Malaysia) Sdn. Bhd. ialah syarikat peneraju dalam produk-produk gaya hidup sihat yang dilihat terus meningkatkan perkongsian pasaran serta mengukuhkan penguasaan mereka tahun demi tahun. Dengan lebih 55 cawangan di seluruh negara, OSIM (Malaysia) memberi fokus untuk memberi inspirasi kepada individu dalam mengawal kesejahteraan hidup dan berusaha agar mereka rasa hebat dan kelihatan menarik. Perniagaan OSIM yang bersifat holistik baru-baru ini memberi penekanan terhadap empat fokus utama – Relaks dan Lega (Relax and Relieve); Menguatkan dan Membentuk tubuh (Tone and Shape); Periksa dan Ukur (Check and Measure) serta Bersih dan Menyucikan (Clean and Purify).

Sejak dahulu lagi, OSIM Malaysia telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan atas pencapaian mereka yang mengagumkan. Ini termasuklah dipilih sebagai “Rangkaian peruncitan Pemeriksaan Kesihatan dan Peralatan Penjagaan Terbesar” di Malaysia oleh pihak Malaysia Book of Records pada tahun 2001; merupakan Malaysia Superbrand untuk tiga tahun berturut-turut mulai 2002 hingga 2004; serta dianugerahkan sebagai jenama terbaik (Best Brand) dalam kategori gaya hidup untuk Kerusi Urutan oleh The Brand Laureate pada tahun 2006, 2007 dan 2008. Baru-baru ini, OSIM turut memenangi tempat kedua dalam Kategori Kesihatan dalam anugerah PUTRA Brand pada tahun 2010 & 2012.

OSIM International Ltd
Merupakan jenama Nombor 1 di Asia dalam produk gaya hidup sihat pada hari ini, OSIM menjalankan rangkaian jualan yang luas menerusi empat jenama utama iaitu OSIM, Richlife, GNC dan TWG Tea. Ia memiliki lebih 1,200 cawangan di 369 bandar di 31 buah negara di Asia, Oceania, Afrika, Asia Barat, Eropah dan Amerika Utara. Dengan fokus kukuh terhadap para pelanggan dan gaya hidup mereka, jenama OSIM terus berkembang ke dalam pasaran-pasaran baru, mengurangkan jurang budaya dengan keinginan sama terhadap kesihatan dan kesejahteraan hidup.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Makan Malam Anuar Zain Sempena Ulangtahun Pusat Jantung Kanak-Kanak Kongenital

Nicki Minaj To Host The 20th Anniversary MTV EMA In Glasgow