in , ,

Majlis Resepsi Perkahwinan Ashraf Sinclair Tak Mesra Media?

Seperti yang Budiey katakan semalam, memang ramai media yang bengang gila apabila tidak dapat masuk ke dalam dewan Zamrud di mana pasangan ini meraikan rakan-rakan dan famili. Bukan itu sahaja, media yang dapat masuk pula telah menghadapi masalah apabila terpaksa menunggu lebih lama bagi sesi temubual. Ini kerana pasangan ini lebih menumpukan masa untuk bergambar bersama famili dan rakan-rakannya.

Untuk info, sebenarnya, tidak ada sidang media bagi majlis resepsi ini dan ianya dianjurkan untuk bersantai-santai. Jadi, rasanya tidak perlulah bagi para media menunggu untuk bertanya soalan. Tapi kalau dah kerja diorang nak cari bahan berita, terpaksalah bertanya itu dan ini jugak. Itu tak termasuklah lagi layanan pasangan ini kepada media Indonesia yang dikatakan terabai sedikit. Kesian tul. Mmm, kesian media Indonesia, jauh-jauh terbang tapi… dapat layanan yang kurang memberangsangkan. Huhu…

Team Melodi TV3 pun berjaya menerjah… tak habis-habis pasal Memey dan Norman yea Michelle? Memey patut tampil memberi statement. Jangan jadi penakut sangat!

Rakan media yang berjaya memboloskan diri mereka. Tahniah! Jangan bengang sangat. Memang dah kerja kita, nak buat camna.

Di Dewan Zamrud…

Dayang-dayang yang setia menunggu pengantin tiba

Suap jangan tak suap

 

Majlis resepsi perkahwinan aktor Ashraf Sinclair dan penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari berlangsung dengan ‘indah’ tetapi diselubungi dengan ketidakpuasan hati para media yang membuat liputan di The Saujana, di sini, malam tadi.

Segalanya berjalan dengan lancar mengikut apa yang dirancang, dari majlis memotong kek, pertunjukan multimedia memori indah si pengantin, telatah mengajuk detik perkenalan hati budi mereka oleh pengacara majlis iaitu Sazzy Falak dan teman rapat Ashraf, Kit, hinggalah ke nyanyian istimewa rakan terdekat iaitu Ferhad.

Akan tetapi suasana meriah tersebut berubah sekelip mata apabila pihak media terpaksa menunggu pasangan pengantin yang dinikahkan pada 8 November lalu ini melakukan sesi bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan dalam jangka masa yang agak lama.

Ini sekaligus menyebabkan sebahagian pihak media menanyakan soalan yang bersifat ‘tidak puas hati’ dalam sidang media sejurus selepas itu. – MstarOnline.

“Majlis resepsi ini kami sediakan untuk semua terutama keluarga, teman-teman rapat dan pihak wartawan. Tetapi, untuk menjayakannya, kita perlukan kerjasama antara satu sama lain dalam melaksanakan peranan masing-masing baik yang datang untuk meraikannya dan juga yang melaporkan,” tegas Ashraf kepada salah satu soalan sinis yang menyoalkan sebab beliau dan isteri tidak dapat memenuhi sesetengah permintaan media untuk menemubual secara eksklusif.

Akan tetapi jawapan ini tidak dapat meredakan kemarahan media tempatan yang terasa masa mereka ‘tidak dihormati’ kerana menunggu terlampau lama untuk menemubual mereka.

Malah, layanan mesra Ashraf dengan media Indonesia menguatkan lagi spekulasi beliau ibarat ‘kacang melupakan kulit’ yang beriya-iya ingin melebarkan sayap ke ‘bumi Garuda’ dalam jangka masa dua tahun dari sekarang.

“Saya tidak bermaksud sebegitu sebab Kuala Lumpur tetap menjadi tapak utama dalam perkembangan karier saya kerana ia bermula dari situ,” jelas Ashraf yang telah mengikat kontrak berlakon dalam 200 episod drama produksi Indonesia dan bakal muncul menerusi dua buah filem Indonesia iaitu Pocong dan Saus Kacang.

Diharap, ianya bukan hanya tinggal janji kosong selepas dua tahun kemudiannya kerana apapun yang berlaku, ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri’.

Untuk Bunga pula, dengan mempelajari cara bertutur dan budaya Malaysia, pastinya akan dapat membantu Ashraf terus mengingati asal-usulnya. Malam yang bertemakan “Lakuran English & Malay Wedding” dikendalikan oleh syarikat pengurusan Ashraf, Beyond Events.

Pakaian Ashraf, adiknya, Adam, Shahnaz dan bapa Ashraf, Muhamad Sinclair pada malam ini telah direka oleh pereka tempatan, Bon Zainal manakala pakaian Bunga direka oleh Sikie dari Jakarta.

Sementara itu, hiasan bunga-bungaan segar di hias indah oleh John Lee dari House of Flowers yang mempunyai 20 tahun pengalaman di dalam bidangnya. Gazebo tersergam indah di atas pentas telah direka dan dicipta khas oleh Sulian dari Areca Special Projects Sdn. Bhd. Datuk Seri Farid turut meraikan hari bersejarah Ashraf dan Bunga.

Majlis yang dihadiri kira-kira 200 orang tetamu itu melibatkan ibu dan bapa Bunga, Emmy Syarlef dan Muchlis Rosli, ibu dan bapa Ashraf, Khadijah Abd. Rahman dan Muhamad Sinclair serta rakan artis. Antara selebriti dan VVIP yang turut hadir adalah M. Nasir dan isteri, Marlia Musa, Nazruddin Habibur Rahman dan isteri, Sheanne Iman Lee, Jehan Miskin dan Datuk Seri Farid Ridzuan.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. i like your attitude towards the whole thing budiey!!betulla, dah kerja wartawan, kenala tahan.malaysian reporters ni tak patutla complain bila ashraf&bunga layan family dulu..they expect to be treated as priority ke????come on la, be sensible la.

  2. i agree with lol

    jangan jadi macam ZUBIR. barging and pretend he is the PEREZ HILTON of malaysia. macam bagus. its their wedding and you have to understand why they rather take pics with family than wartawan

    congrats on BCL and AS.. make you guys have a wonderful marriage

  3. Melapor,tu melaporlah juga. Tapi majlis orang kenalah hormat juga. Patut saling memahami. Moga berbahagia buat pengantin 2 negara ini. Wartawan pula teruskan tugas dengan berkhemah.

  4. Dh keja wartawan mcm tu sabar jer la…terima la..
    klu tak leh terima..cr la keja lain..yg dok dlm office 24j..
    sikit punya ramai ker org..mana 1 dieorg nk layan???
    mesti la family & kwn2 1’st…
    dgn letih lagi….kot la dieorg ada 6 pasang mata…tangan sepuluh…blh panjang pendek..mulut ada 14..kot la senang…
    mcm budak2 la wartawan ni..tu pn nk heboh…

  5. Relax lah journilists. yg hangpa dok sibuk2 nak dilayan istimewa dan di dahulukan apasal. keja korang cr news so be patientla. ikut kata ERZ berenti keja ni cari keja goyang kaki. hang kawin pun nanti family jadi priority. ngok. Budiey I salute you. You’re so sporting. Keep up ur good work buddy!

  6. Bagi saya, ni perkara lumrah yang berlaku kat mana2 terutama perkahwinan artis. Mereka telah dikejar setia hari untuk mendapat berita sensasi. Takkanlah hari bahagia mereka nak di’spoil’kan dgn soalan2 yang bakal mengaibkan mereka. Saya pasti wartawan PASTI bertanya betul ke u dah HAMIL??? Siapa nak jawab? Soalan ni sepatut nya ditanya di lokasi yang lain bukan di hari bahagia orang! Kalau setakat nak tanya bila bulan madu, kat mana, merancang berapa org anak tak payahlah…. sebelum ni dah beratus majalah yang dah tanya. Elok duduk, diam & makan je. Saya pasti soalan KEHAMILAN yang bakal menjadi topik panas majalah2 tu kan! Kan terang2 ashraf dah bagi tau ini majlis keluarga, dan wartawan dijemput untuk memeriahkan majlis.. bukan nak menjahanamkan majlis dengan soalan yang berbaur provokasi… pk pk lah sendiri!

  7. saya pernah jadik pengantin n rasanya wartawan2 tu pun ada yang dah ‘terjadik’ pengantin walaupun pengantin purba..memang penat giler beb..tak menang tangan nak melayan semua orang takut terkurang ke, ada yg tak makan ke, famili sedara mara takut ada yang terkecik ati tak bertegur sapa..come on la wartawan…tunggu la reda2 sikit baru la nak temubual ke, apa ke, tak paham ke ntah pengantin tu lapor ke, nak demam ke, sakit kepala ker…ish…ish…u all yelah bangun pagi makan2 lepak2 terus gi wedding diorang…diorang tu? kesian dah la bersanding kat sana lagi, preparation, imigresen problem, fahamilah…diorang pun tak nak jadik macam tu kalau lah diorang boleh dikerat2 rasanya diorang pun nak puaskan hati sumer orang yang meraikan hari diorang yang penuh bersejarah tu…ingat flash kamera yang berdebush sana sini tu tak memenatkan ke? sakit mata woi…kesian la, jangan la nak marah2 diorang lagi…marahkan wartawan yang sekarang ni macam best2 aje..bila artis tu tak layan ke, bengang ke ngan diorang mulelah mengada menggedik macam2…eee tak kuasa betul aku…alamak, terlebih sudah..oklah ai pun bukan peminat sapa2 pun, baik BCL, baik AS, cuma saja2 je nak komplen benda ni dari sudut kemanusiaan, keletihan dan kemengadaan wartawan malaysia.heh!

  8. ntah wartawan nie….agak-agak r bai…x patut michelle tanya soklan pasal pregnant kat bunga ari tue…itu kan wedding die..byk lagi benda bleh tanya…lagi pun tanpa cite aris yang bengong-bengong nie x dapat korang nak cari mkn..

  9. Wartawan sekarang nak smua org memenuhu permintaan diaorg. Respect skit la majlis yang hanya dibuat sekali seumur hidup….insyaallah itupun klu tak tukar pasangan la. Ada ke patut hari org kawin tanya….dah pregnant ke….betul2 memalukan adat orang melayu

  10. wartawan tak ade apa2 pun.Melody tu je yg memfitnah wartawan.Sapelah penyunting yg ter over pandai di Melody tu ya??

  11. wartawan macam sekolah tak tinggi.lama dah saya tengok.macam kes org mati kena bunuh ke,mati accident ke.lepas tue tunggu kat bilik mayat.kalau si suami mati,tanya isteri apa perasaan suami mati.selalunya buletin utama la buat kerja nie.

  12. Assalamualaikum…
    Sokong komen2 di atas.klu sy pn malu sesangat klu org tetiba tny dh pregnant ke blom.ntah pe2…sume owg pn mst frust giler pnat2 bt majlis tetiba mood jd x ok plak.salah siapa 2?

  13. Wartawan Hiburan sekarang dah tak ada sifat menghormati perasaan orang lain,janji dapat duit.Soal halal ke haram ke tolak tepi. Saya setuju bebenor komen yang diberikan oleh Responders untuk Majlis Perkahwinan Ashraf & Bunga.
    Satu hari nanti kita akan dapat berita mulut wartawan-wartawan Melodi kena cili padi terutama Michelle Wee dan kepala Nas Ahmad dibotakkan.PERCAYALAH!!

  14. Assalamualaikum.

    Pesanan saya sebagai manusia satu aje. Artis ini memang sejenis manusia yang seperti perumpamaan “Kacang Lupakan Kulit”. Sebab apa saya sebagai manusia berkata demikian. Sebelum mereka POPULAR, siang malam kalau boleh nak wartawan dekat dengan mereka. Tidak mahu berenggang. Tetapi bila dah mula ada sedikit dan sekelumit nama dipentas yang goyah, maka keangkuhan itu mula terserlah. Kalau tidak mahu kenduri kahwin kita dimasuki wartawan yang dulu kita sanjungi, saya sebagai manusia menasihati artis – artis ini adakan majlis angkat nikah dan kenduri doa selamat saja. Sudah jangan nak bermegah – megah buat dihotel – hotel besar atas nama privasi. Itu saja. Terima kasih.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Pengambaran Video Klip Sindarella

UJI BAKAT PUSAT PEMUZIK MUDA ISTANA BUDAYA