in ,

UJI BAKAT PUSAT PEMUZIK MUDA ISTANA BUDAYA

UJI BAKAT PUSAT PEMUZIK MUDA ISTANA BUDAYA DI ISTANA BUDAYA PADA 15 & 16 NOVEMBER 2008  

Dalam usaha mendidik dan membimbing golongan remaja yang berminat dalam bidang muzik terutama muzik berbentuk orkestra, Istana Budaya (IB), Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) mempelawa remaja yang berbakat untuk menyertai Pusat Pemuzik Muda (PPM) di bawah naungan IB. Program ini bertujuan membuka ruang pendidikan/latihan kepada golongan remaja yang berminat dalam muzik bercorak orkestra, di samping memberi latihan kepada remaja yang mempunyai kemahiran dalam muzik orkestra ke arah menjadikan mereka sebagai ahli muzik bertaraf profesional.  

Sehubungan itu, PPM akan mengadakan sesi uji bakat selama 2 hari, iaitu  pada 15 – 16 November 2008 (Sabtu dan Ahad), bermula 9.00 pagi hingga 3.00 petang di Bilik Seri Nilam, Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.  

Antara syarat pemilihan ialah warganegara Malaysia, berumur antara 5 hingga 10 tahun (untuk violin dan viola), 14 hingga 18 tahun (cello, double bass, timpani dan perkusi), sementara 5 hingga 18 tahun (flute). Peserta uji bakat hendaklah mempunyai asas muzik dan berkebolehan bermain mana-mana alat muzik seperti violin, viola, cello, double bass, flute, timpani dan perkusi.  Alat muzik yang disediakan semasa sesi uji bakat adalah double bass, timpani dan perkusi. Bagaimanapun, peserta dikehendaki membawa peralatan sendiri mengikut kecenderungan seperti violin, viola, cello, dan flute.  

Setiap peserta dikehendaki membawa salinan kad pengenalan dan dua keping gambar berukuran paspot. Peserta yang berjaya akan menghadiri kelas yang akan diadakan setiap Sabtu dan Ahad dengan sukatan pelajaran Kelas Muzik Teori dan Kelas Muzik Amali. Pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai uji bakat, sila hubungi Zuraini Baharun di talian 03-4026 5667.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Resepsi Perkahwinan Ashraf Sinclair Tak Mesra Media?

Video Ashraf Sinclair Duet Nyanyi Lagu Bersama Bunga Citra Lestari