in ,

Maiden’s Vow Lakonan Charmaine Sheh, Sammual Chan Kin Fung

TX Date: 19 February 2009 – 1 April 2009
Day/Time: Monday – Friday, 7.00pm – 8.00pm

8TV kembali lagi dengan sebuah drama bersiri Maiden’s Vow. Drama ini dapat ditonton menerusi slot kegemaran ramai Best of TVB yang akan disiarkan bermula 19 Februari 2009 jam 7.00 malam!

3294243642 4Dda69Cab6 O | 4

Maiden’s Vow dibintangi oleh pelakon-pelakon popular Hong Kong antaranya Charmaine Sheh, Sammual Chan Kin Fung, Joe Ma dan Sammul Chan.

“Kami bawakan sebuah lagi drama TVB yang cukup hebat untuk anda! Drama bersiri ini dibintangi oleh pelakon-pelakon popular dari Hong Kong. Semoga anda semua terhibur!,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

Drama bersiri ini berkisarkan tentang empat orang wanita dari generasi yang berbeza yang mempunyai satu persamaan – mereka semua adalah pemilik sebuah restoran terkenal ‘House Of Pheonix’. Drama ini akan menyelami kehidupan kempat-empat wanita ini yang terpaksa berdepan dengan pelbagai tekanan dalam menguruskan perniagaan masing-masing.

Cerita ini bermula dengan babak Ngai Ju Fung (Charmaine Sheh) dan Yue Chi (Joe) yang lahir pada hari yang sama. Mereka berkawan rapat sejak kecil dan apabila meningkat dewasa Fung telah dipaksa untuk berkahwin dengan Wong Yuk Lun (Sammul) dan Chi pula melanjutkan pelajaran dalam bidang masakan.  

Walapun Fung berkahwin dengan lelaki yang kaya, namun nasibnya agak malang apabila Lun telah ditipu oleh bapa saudaranya dan mereka sekeluarga telah jatuh miskin. Fung dan Lun akhirnya membuka sebuah restoran bernama ‘House of Phoenix’ untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Chi yang baru pulang selepas menamatkan pengajian turut bersama-sama dengan Fung memulakan perniagaan restoran mereka. Restoran mereka mendapat sambutan ramai namun banyak masalah berlaku apabila peperangan melanda China.

Generasi kedua berlaku sekitar tahun 1920-an sewaktu Jepun berusaha untuk menakluki China. Wong Jee Gwan (anak perempuan Fung) bertemu dengan Li Gat Cheung yang merupakan guru di sekolahnya dan mereka sama-sama jatuh cinta. Namun perhubungan mereka ditentang oleh keluarga Gwan dan mereka sepakat untuk melarikan diri ke Tianjin. 

Atas sebab-sebab tertentu, Cheung yang bekerja sebagai pelombong terpaksa keluar dari Tianjin dan kerana terdesak, Gwan terpaksa pulang ke ‘House of Pheonix’ dan membantu neneknya menguruskan perniagaan.

Generasi ketiga pula bermula sekitar tahun 1960-an. Bak Wai Jan (cicit kepada Fung) yang merupakan seorang suri rumah mengambil keputusan untuk bekerja tanpa pengetahuan suaminya Dai Lap Yan. Pengurus di tempat kerja Jan pula menaruh hati kepadanya dan berusaha untuk memusnahkan rumahtangga Jan dan kesudahannya Jan dan Yan bercerai.

Jan bercadang untuk membuka restoran House of Phoenix namun mengalami beberapa masalah. Yan akhirnya datang menghulurkan bantuan dan mereka berjaya menguruskan restoran itu bersama.

Menerusi generasi terakhir, cerita berkisarkan tentang Dai Sze Ga dan Fong Ga On yang jatuh cinta pandang pertama. Mereka yang tinggal bersama namun akhirnya berpisah kerana sering berselisih pendapat.

Ga akhirnya bertemu dengan seorang teman lama yang menyarankan beliau untuk membuka semula restoran ‘House of Phoenix’. Pada masa yang sama, Ga sedang mengandungkan anak On namun On sudah berpindah ke Shanghai untuk mengembangkan kariernya.

Hampir 2 tahun di Shanghai, On pulang untuk meraikan kejayaan projek yang dijalankannya di Shanghai. Ga dan anak perempuannya juga berada di restoran yang sama untuk meraikan kejayaan buku terbaru Ga. Ga tidak memberitahu On tentang anak perempuan mereka namun segalanya terbongkar. Ga akhirnya beralah dan mengizinkan Ga untuk menemui anak perempuan mereka.

On masih menyimpan perasaan terhadap Ga dan teman baik Ga pula iaitu seorang gay menaruh hati terhadap On. Suatu malam, ketiga-tiga mereka mendapat tahu perasaan masing-masing dan mereka cukup terperanjat dan keliru.

Apakah yang akan berlaku kepada mereka? Jangan lupa untuk menyaksikan drama bersiri ini untuk mengetahui kesudahan cerita mereka. Maiden’s Vow akan menemui anda pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam bermula 19 Februari 2009 hanya di 8TV! Anda juga dapat menonton 8TV menerusi saluran Astro 708.

Sibuk dengan aktiviti harian anda? Kini anda boleh menonton program-program menarik di 8TV melalui telefon bimbit anda. Layari www.mobile.8tv.com.my, klik ke 8TV dan pilih program kegemaran anda! Selamat menonton!

3293418713 39548C7F65 O | 5

3294243380 25320696C3 O | 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Awek Kekasih Saiful Malaysian Idols

Koleksi Gambar Teman Tapi Mesra Azizah Mahzan & Zaefrul Nordin