in , ,

Lupa Lirik & Menangis, Ini Luahan Jujur dari DINDA PERMATA

Dicop sengaja mencipta drama mengundang airmata semasa persembahan TERLALU MEMUJA di Big Stage semalam, Dinda Permata menegaskan bahwa tragedi lupa lirik di awal persembahan bukanlah penyebab dia menangis.

Dinda juga menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai kerana pandangan manusia berbeda-beda gitu deh. Jelas Dinda, dia gagal mengawal emosi kerana lagu Terlalu Memuja mengingatkannya kepada ibu dan adik beradiknya yang berada di Indonesia. 

“Sebenarnya, semasa sesi latihan saya sudah menangis dan memberitahu kepada guru teknikal vokal, Cikgu Syafi yang saya khuatir tidak mampu untuk mengawal emosi.

“Lagu Terlalu Memuja bukan dipilih oleh saya tetapi pihak produksi. Saya memberikan sepenuh kepercayaan kerana tahu mereka lebih arif untuk memilih lagu yang digemari oleh masyarakat Malaysia.

“Kejadian menangis di atas pentas bukan disebabkan saya sudah melakukan kesilapan. Kali pertama saya mendengar lagu itu sudah membuatkan air mata saya menitis.

“Setiap kali menyanyikan lagu tersebut saya terfikir ibu dan adik-adik saya. Saya tidak tahu sama ada sudah memberikan yang terbaik untuk mereka atau tidak.

“Saya anggap ini adalah cabaran kepada saya untuk membawa lagu yang beremosi. Ternyata pada malam ini saya gagal mengawal emosi semasa menyampaikan lagu itu,”

– Dinda Permata

Ikuti temubual Budiey bersama Dinda Permata di saluran Youtube BUDIEY CHANNEL: www.youtube.com/budieychannel.

Jangan lupa tekan butang SUBSCRIBE dan LIKE, tekan butang LOCENG, dan SHARE. Dan jangan skip ads dan silakan bagi KOMEN.

Dinda ditemu bual selepas tamatnya konsert ketiga Big Stage 2 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor.

Dalam pada itu, Dinda mengucapkan terima kasih kepada penyanyi Aziz Harun kerana menjadi penyelamat kepadanya daripada tersingkir.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Aziz kerana telah memberi peluang untuk saya menebus kembali kesilapan yang telah dilakukan.

“Saya juga berasa terharu apabila segelintir penonton yang bukan dari kalangan peminat saya menjerit tidak membenarkan saya tersingkir,” katanya kepada Gempak.

Pada awalnya, Dinda telah diumumkan sebagai peserta kedua tersingkir pada minggu ketiga Big Stage 2019.

Walaubagaimanapun, Aziz mengambil keputusan untuk menarik diri secara rela hati kerana ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, justeru Dinda terselamat pada minggu ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aman Graseka | 23

Realiti Perisik Dalam Telemovie KOMPLOT Lakonan Aman Graseka & Hushairi Hussain

Aziz Harun | 24

Kejutan! Aziz Harun Ada Sebab Tarik Diri dari BIG STAGE