in

Luahan Syamsul Yusof Rungkai Isu Berselisih Faham Dengan Bapanya

Baru-baru ini, Budiey ada terbaca tentang pelakon dan pengarah muda Syamsul Yusof ada berselisih faham dan bertegang urat dengan bapanya, Datuk Yusof Haslam. Pada hari ini, Budiey ada membaca luahan perasaan yang ditulis oleh pengarah muda ini di blognya, prodigiousburnsoul.blogspot.com. Sekaligus, setidaknya, Syamsul bersuara dari isi hati lubuk jiwanya setelah lama mendiamkan diri daripada media. Syamsul dikatakan lebih 2 bulan tidak bertemu dan bercakap dengan bapanya. Semoga kenyataan ini dapat merungkai segala apa isu yang dibangkit di media.

Syamsul juga turut buat kenyataan maaf secara terbuka menerusi kolumnya di sisipan Berita Harian semalam. Apa yang Budiey harapkan, segala yang keruh kembali jernih. Menurut Datuk Yusof Haslam, ianya satu pengakuan yang ikhlas dari seorang anak kepada bapanya dan menghormati tindakan berani anaknya itu.

Sebagai bapa, dia tak sikit pun menyimpan dendam terhadap anaknya, Syamsul. Segalanya sudah selesai dan mungkin apa yang berlaku semalam ini hanya perselisihan faham.

Budiey rasa, tindakan ini patut dicontohi oleh semua dari kita yang berselisih faham dengan ibu bapa. Yelah, siapalah kita kalau tanpa sokongan ibu dan bapa.Untuk Syamsul pula, Budiey kira ini satu tindakan yang betul untuk memastikan perjalanan seninya berjalan dengan lancar dan mendapat restu.

Syamsul Yusof kini sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja editing akhir untuk filem baru, KL Gangster 2 yang dijangka akan sibuk dalam masa 2 minggu dari sekarang.

blog syamsul yusof

“Berpinar-pinar.Berputar-putar dunia sebentar.Aku cuba bangun setelah jatuh dari percubaan demi percubaan berjalan.Papa dan Mama berada dalam jarak 5 langkah di hadapan dengan senyuman berserta tangan yang didepakan seperti ingin menyambutku jika aku jatuh buat kali yang lebih dari ke-8.Aku bangun lagi kali ini tetapi dengan bantuan Papa dan Mama.

Papa memimpin tangan kananku dan Mama pula memimpin tangan kiriku.Selangkah.Dua langkah.Tiga langkah.Bila aku sudah berjaya mendapat sedikit kestabilan,pada langkah ke-4 dan seterusnya,tanpa kusedari,rupa-rupanya aku sudah berjalan tanpa dipimpin Papa dan Mama. Aku mula berjalan,dari perlahan-lahan,semakin laju,laju dan laju.Kudengar jelas suara Papa dan Mama di belakang yang terus menerus memberi semangat padaku.

Ketika kelajuan kakiku hampir seperti mahu berlari,dek kerana terlalu ghairah,aku lupa untuk menoleh pada Papa dan Mama walaupun jelas aku mendengar laungan suara mereka “Hati-hati,Sul!”.Aku jatuh,tetapi jatuh kali ini lebih pedih dan sakit.Aku menangis kerana kesakitan.Papa dan Mama berlari ke arahku.Papa mendokongku dan menjulangku tinggi,berkali-kali.”Anak Papa dah pandai berjalan!Mama,Sul dah pandai berjalan!”Wajah keriangan Papa dan Mama saat itu tidak mampu kugambarkan.

*Hitam*

Ini deklarasi seorang anak yang sedar jatuh bangunnya hidup ini jika tanpa berkat,restu dan doa ibubapa takkan mampu ke mana-mana.Biar setinggi mana pencapaian yang dikecapi,jika 2 insan utama ini tidak merestui perjalanan kehidupan,pasti,ingat kataku ini,pasti ada kepincangan di sana sini.Jauh sekali dari kesempurnaan yang dingini dan diimpi.Kau bisa mendabik dada hari ini berkata “Aku tidak perlukan mereka!Aku sudah berada di ‘puncak’!”Percayalah,kata-kata itu nanti kau akan ‘telan’ seperi menelan kepalan nasi keras yang pasti akan tersekat pada kerongkong,sakit, sebelum kau ‘hadam’kan.

Syamsul Yusof

Semalam aku bersemuka dengan Papa setelah sekian lama aku berdiam diri dan menjauhkan diri daripadanya.Entah mengapa,bila aku berdepan dengannya kali ini rasa seperti sudah terlalu lama aku tidak tatapi wajahnya yang kulihat semakin dimamah usia dan kerja kerasnya sejak dari muda.Belumpun sempat aku mulakan bait pertama,air mata sudah mencurah-curah keluar dari kelenjar mata.Aku capai tangan kanan papa dan kucium berkali-kali sebelum kurangkul tubuhnya seerat-eratnya.Saat itu bila kehangatan tubuhnya kurasa,aku lemah,selemah-lemahnya.’Lumpuh’ seketika.

Habis berterabur bait-bait kata yang kususun seawalnya untuk kukatakan pada Papa.Aku jadi sebak tak terkata.Aku terangkan pada Papa apa yang terbuku di dada,apa yang ku’simpan’ sekian lama iaitu berkenaan tekanan kerja.Papa senyap seribu bahasa.Namun dalam senyapnya mendengar penjelasanku,aku sedar air matanya bertakung.Selesai aku menerangkan,Papa memberikan kata-kata semangatnya,sekaligus memberi jawapan pada setiap soalan yang kuajukan.Ah sudah cukup lama aku tidak rasa ‘rasa itu’.Rasa damai dan rasa punya tempat perkongsian selepas Tuhan.

Perbezaan corak dan intensiti kerja aku dan Papa berbeza.Papa walau pada usianya yang hampir mencecah 60 tahun,kudratnya seakan remaja dengan kapasiti tenaga yang entah dari mana datangnya (dari Allah semestinya) mengalahkanku.Kami berdua ‘workaholic’ itu aku tidak nafikan,tetapi dalam pada itu aku masih punya renggang masa untuk diriku juga,tetapi Papa bila dia ‘mula’,intensiti kerjanya tak berganjak,memuncak dari awal hingga akhirnya.Aku pula perlukan sedikit masa untuk ‘memanaskan enjin kereta’ sebelum berderum dan memecut laju.Papa pula dari awalnya lagi sudah memulakan pecutan hingga sampai ke garisan penamat.Itu metaforanya.

Tak perlu aku hurai panjang mengenai perbedaan corak kerja,idealisme aku dan Papa.Yang pastinya,aku orang baru yang masih perlu banyak belajar dari orang lama,terutamanya dari Papa yang berjasa besar mendidikku dan membawaku sejauh ini,tempat aku berdiri hari ini.Terima kasih Papa.

Buat semua rakan media,di sini aku menyusun sepuluh jari,memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kerana ketika isu Papa dan aku sedang hangat,aku tidak berdaya menjawab panggilan dan tidak memberi komentar lanjut berkenaan isu ini.Sungguh,sejujur-jujurnya aku mohon maaf.Aku tidak bermaksud untuk mengenepikan kalian,jauh sekali jadi pengecut kerana aku lazimnya berdepan dan bersemuka bila ada isu-isu berbangkit tentang diri dan karierku seperti sebelum-sebelum ini.Cuma kali ini,isunya terlalu peribadi,isu darah dagingku sendiri yang aku tidak mahu tersalah kata kerana aku berpegang pada kata orang tua-tua “Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya”.Aku harap kalian memaafkan dan memahami.

Konklusiku,jika mahu jadi nombor satu,tahu bumi siapa yang kau pijak,tahu langit siapa yang kau dongak,tahu dari mana asalmu,tahu ke mana hala tujumu,tahu ibubapa dan keluarga sentiasa prioriti utamamu,tetapi tahu saja tidak cukup jika kau tidak jadikannya perilaku.

Buat semua yang membaca,ambil iktibar dari kisahku.Jangan menunggu masa yang lama untuk beritahu mereka,ibubapa kita yang kita sayangkan mereka dan perlukan mereka sampai bila-bila.

Berpinar-pinar.Berputar-putar dunia sebentar.Aku cuba bangun setelah jatuh dari percubaan demi percubaan berjalan.Papa dan Mama berada dalam jarak 5 langkah di hadapan dengan senyuman berserta tangan yang didepakan seperti ingin menyambutku jika aku jatuh buat kali yang lebih dari ke-8.Aku bangun lagi kali ini tetapi dengan bantuan Papa dan Mama.

Buat Papa,maafkan aku.Sungguh,walau tidak pernah kukatakan depan-depan,kau idolaku nombor satu!”

blog syamsul yusof

One Comment

Leave a Reply
  1. membaca cerita yang ditulis oleh syamsul seakan akan macam sebuah novel. Ada juga bakat menulis rupanya si syamsul ini. Dan ada unsur unsur philosophical dalam jalan cerita nya. Mungkin boleh membuahkan satu cerita filem dari pengalaman realiti hidup nya bersama keluarga. Mungkin akan menjadi meletop sebab ramai nak tahu apa sebenarnya telah berlaku. Satu idea kreatif dari seorang pembaca.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Nur Fazura di Pelancaran Duta Produk Colgate Optic White

Aidil Zafuan Nekad Mahu Berpisah Dengan Rita Rudaini