in ,

Aidil Zafuan Nekad Mahu Berpisah Dengan Rita Rudaini

Mahkamah Rendah Syariah Seremban semalam diberitahu Rita Rudaini pernah dua kali minta cerai sepanjang tempoh perkahwinan dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan.

Aidil Zafuan jelas dilihat tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas hasrat mahu bercerai dengan isterinya, pelakon Rita Rudaini ditangguhkan.

Keputusan itu dibuat setelah Aidil merasakan pergolakan rumah tangga mereka sudah berlarutan terlalu lama. Malah dia tidak nampak rumah tangga yang dibina selama enam tahun mampu diselamatkan. Apatahlagi Aidil memberitahu dia kecewa apabila Rita tidak mahu menurut kehendaknya.

“Kalau dia sayangkan saya, kenapa dia masih buat macam-macam kenyataan di media yang mengaibkan saya sendiri sebagai suami dia dan juga mengaibkan keluarga saya? Dia juga tahu kenapa saya keluar rumah. Tak perlulah saya bercerita tentang hal peribadi kami. Biar saya dan dia saja yang tahu. Sekarang ini saya mahu bercerai secara baik.

“Jangan bawa lakonan dia diluar masuk mahkamah. Depan hakim dia cakap dia sayang saya, tapi depan saya dia cakap tak sayang, saya tak tahu apa yang dia nak.”

Keputusan itu dibuat setelah Aidil merasakan pergolakan rumah tangga mereka sudah berlarutan terlalu lama. Malah dia tidak nampak rumah tangga yang dibina selama enam tahun mampu diselamatkan. Apatahlagi Aidil memberitahu dia kecewa apabila Rita tidak mahu menurut kehendaknya.

“Saya nak dia dan anak-anak balik berjumpa dengan keluarga saya. Tapi dia tak mahu. Dari situ sudah nampak dia tidak mengikut kata-kata saya sebagai suaminya. Bagi saya, saya tidak nampak jalan untuk kami berdamai.

“Memang dia ada benarkan saya berjumpa dengan anak-anak tapi dia tak benarkan saya bawa anak-anak jumpa keluarga saya. Anak-anak hanya kenal atuk dan nenek sebelah sana (ibubapa Rita), tapi dia tak kenal atuk dan neneknya di sini. Itu saya rasa tidak adil”, katanya.

Dalam masa yang sama Aidil menegaskan keputusan dia mahu bercerai tiada kena mengena dengan orang ketiga mahupun wanita yang dikaitkan dengannya baru-baru ini, iaitu Zarema.

“Tiada kena mengena dengan sesiapa ataupun Zarema. Saya tak mahu komen lebih. Bagi saya jalan terbaik, adalah kami bercerai”, ujarnya sebelum beredar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Luahan Syamsul Yusof Rungkai Isu Berselisih Faham Dengan Bapanya

Rita Rudaini Nafi Pernah Minta Cerai