in ,

Rebecca Nur Al-Islam Kini Berhijab Lepas Buat Umrah

Pelakon Rabecca Nur Al-Islam kini sudah pun berhijab sejak menunaikan ibadah Umrah di Mekah pada 31 Januari lalu bersama suami serta 38 ahli keluarganya yang lain.

Menurut Rebecca, sepanjang berada di Mekah, dia cukup selesa dengan pemakaian hijabnya sehinggalah ketika pulang ke tanah air, dia nekad mahu kekal dengan imej tersebut.

Rabecca Nur Al-Islam Kini Berhijab

“Sepanjang menunaikan Umrah, saya rasa cukup selesa dengan berhijab dan ketika pulang ke tanah air pada Isnin lalu, rasa pelik pula apabila tidak berhijab.

Kemudian saya nekad mahu kekal berhijab.

Lagipun memang dari dahulu lagi saya berniat mahu menutup aurat. Alhamdulillah, Allah memberi hidayah kepada saya ketika di Mekah.”

– Rebecca Nur Al-Islam

Dia kini berasa lebih tenang selepas melakukan penghijrahan dalam hidupnya selain sudah menutup aurat.

Dalam pada itu dia juga bersyukur apabila suaminya turut memberikan sokongan terhadap perubahannya dalam menjadi seorang wanita Muslim yang lebih baik. Syukur Alhamdulilah.

Rabecca Nur Al-Islam Kini Berhijab
Rabecca Nur Al-Islam Kini Berhijab

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elizabeth Tan Kini Ambik Kelas Vokal Cikgu Shafi

Liyana Jasmay Mengaku Takut Nak Bersalin