in

Liverpool FC TV Buat Peminat Bola Sepak Di Malaysia

Saluran Bola Sepak kegemaran Eropah, Liverpool FC TV (LFCTV) menyebarkan sayapnya ke rantau Asia, termasuk Malaysia. Buat julung kalinya, LFCTV ini akan bersiaran secara ekslusif dalam saluran televisyen percuma, TV9. LFCTV ini bekerjasama secara ekslusif dengan Media Prima Berhad demi memastikan mereka sentiasa dekat dengan peminat mereka di Malaysia bermula hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar:

“Perkongsian ini memberi banyak manfaat dan kelebihan untuk kedua-dua belah pihak kami dan juga Liverpool FC. Sememangnya Liverpool FC merupakan sebuah pasukan bola sepak yang memiliki bilangan trofi yang paling banyak melebihi Manchester United dan Manchester City. Justeru, saya juga tidak sangsi bahawa bilangan peminat mereka juga ramai di negara kita. Oleh itu, kami membawa Liverpool FC TV ke Malaysia, secara ekslusif dan percuma melalui TV9.”

“Saya juga menganggap perkongsian ini sebagai satu peluang untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu yang besar. LFC TV telah pun berada di lebih 42 buah negara termasuk Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini, TV9 dapat membawa nama negara sebagai rakan kongsi Liverpool Football Club TV.” Ujarnya lagi.

Liverpool FC TV akan bersiar di TV9, bermula hari Jumaat, 2 Januari 2015 pada jam 9.30 malam hingga 12.30 tengah malam. Pelbagai perkara akan ditampilkan selama tiga jam rancangan ini bersiar di TV9. LFC TV akan merangkumi temu bual bersama Pengurus Pasukan, Brendan Rodgers dimana berita-berita seperti pengumuman pemain baru atau perkongsian semasa latihan akan disiarkan.

Siaran ulangan perlawanan terbaru Liverpool seperti di Liga Perdana Barclays (BPL), Piala FA Inggeris (FA Cup), Piala Liga Capital One (Capital One Cup), dan Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) juga akan dimainkan beserta ulasan asalnya.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan setiap perkembangan Pasukan Bola Sepak Liverpool di TV9 bermula 2 Januari 2015 ini pada jam 9.30 malam hingga 12.30 tengah malam. Saksikan juga siaran ulangannya di laman portal video Tonton di www.tonton.com.my bagi anda yang masih tidak puas dengan aksi-aksi Liverpool.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lah Ahmad Lancar Muzik Video KEHADIRANMU

U Mobile Offer ROAMING Percuma Untuk Pelanggan PraBayar