in ,

U Mobile Offer ROAMING Percuma Untuk Pelanggan PraBayar

Sebagai penulis blog hiburan, kerja Budiey kadang-kadang tak kira tempat dan masa. Ada kala, Budiey dihantar ke luar negara untuk buat liputan. Nak tak nak, kenalah pergi sebab kerja kan. Seperti baru-baru ini, Budiey diterbangkan ke Singapura untuk menghadiri Premiere Gala Filem Galaxy of The Guardians.

Seronok tu memang seronoklah sebab dapat jumpa dan menemubual pelakon filem Hollywood secara eksklusif, tapi apa yang tak seronok apabila berada di sana, Budiey tak dapat akses internet dengan sebaiknya. Selalunya Budiey bergantung dengan WiFi percuma. Walaweeii, seksa betul bila tak dapat online ni kan?

Tapi sekarang tidak lagi apabila U Mobile telah memberikan servis yang sangat tip-top kepada pelangganya di mana pelanggan PRABAYAR dapat menikmati internet semasa travel dan perjalanan di luar negara secara PERCUMA. Pergh! Best betul bila dapat dengar berita ini. Budiey ulang sekali lagi ya…. PERCUMA! Bermakna kita tak perlu nak bayar apa-apa la kan?

Dan yang penting, bukan satu negara ya, bukan dua negara tapi lapan buah negara. Haaa, kau mampoooooo? Kalau macam ni, Budiey rela dihantar ke luar negara untuk kerja buat liputan event setiap bulan pun tak pe. Tak payah nak risau apa lagi dah.

u mobile

Terima kasih kepada U Mobile Sdn Bhd, syarikat telekomunikasi yang paling dinamik dan inovatif Malaysia di atas memahami kehendak pelanggan setia seperti Budiey.

Apa yang penting, U Mobile merupakan syarikat telekomunikasi pertama di pasaran Malaysia yang menawarkan perkhidmatan internet roaming PERCUMA untuk pelanggan PASCABAYAR pada awal tahun ini. Tahniah buat U Mobile.

Bukan senang nak puaskan hati pelanggan dan U Mobile telah membuktikan segalanya boleh dilakukan semata-mata untuk kepuasaan dan keselesaan pelanggan. Sekarang ini, pelanggan PRABAYAR pun dah dapat merasa roaming. Best ke idok? Mestilah best uols!

u mobile

Sebagai info untuk pembaca setia blog Budiey.com, Perkhidmatan Internet Roaming (Perantauan) Percuma membolehkan pelanggan prabayar U Mobile untuk melayari internet mudah alih secara PERCUMA di 8 buah negara dan wilayah termasuk Australia, Kemboja, Hong Kong, Indonesia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand, menjadikannya perkhidmatan yang amat berpatutan dan boleh diakses oleh semua orang. Haa, banyak gak tu. Yang penting, Budiey selalu dihantar ke Singapura dan Indonesia untuk urusan kerja. Tak jadi masalah dah lepas ni. Yahooo!

Ohooo, anda perlu ingat ya, untuk melayakkan diri mendapat tawaran prabayar khas ini, pengguna hanya perlu membuat top up dengan jumlah minimum RM50 untuk menikmati percuma 50MB data setiap hari untuk 30 hari akan datang. Apabila had 50MB itu habis, pelanggan boleh terus menikmati perkhidmatan internet perantauan pada kadar yang paling rendah dipasaran Malaysia pada RM30/hari untuk semua negara-negara berkenaan.

Setelah pelanggan prabayar U Mobile sampai ke destinasi perjalanan mereka dalam mana-mana satu daripada 8 buah negara dan wilayah terpilih itu, mereka akan secara automatik dihubungkan kepada pengendali perantauan pilihan U Mobile, yang membolehkan mereka untuk segera menikmati perkhidmatan internet percuma.

Senarai penuh operator perantauan yang mengambil bahagian adalah:

u mobile

50MB Internet Roaming U Mobile Percuma setiap hari ini berguna untuk pelanggan yang ingin mencari arah dan tempat-tempat untuk melawat, atau untuk terus berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga semasa dalam perjalanan di luar negara.

Kuota 50MB PERCUMA adalah mencukupi bagi pengguna untuk berkongsi detik-detik menarik meraka dan kemas kini status terkini melalui platform media sosial seperti Facebook, Instagram, atau Twitter, atau bagi mereka untuk menyambung pada platform mesej segera seperti WhatsApp ™, WeChat ™, LINE ™ dan KakaoTalk ™.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Internet Roaming Percuma U Mobile, sila layari www.u.com.my atau pergi ke cawangan U Mobile terdekat hari ini.

u mobile

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Liverpool FC TV Buat Peminat Bola Sepak Di Malaysia

Novemboys Juara POP KREW TV9