in ,

Lah Ahmad Lancar Muzik Video KEHADIRANMU

Syukur, kita dipertemukan lagi dengan penghulu segala hari, hari ini dah masuk hari Jumaat yang pertama untuk tahun 2015. Apa azam korang untuk tahun ini? Semoga tahun 2015 memberikan kita peluang untuk mengenali diri sendiri. Menyayangi diri sendiri dan keluarga serta sahabat-sahabat. Itu yang paling penting, ye dok?

lah-ahmad

Kepada yang belum tahu, Lah Ahmad kembali dengan sebuah album religi solo yang pertama yang berjudul Jalan Untuk Kembali. Lagu Salam merupakan single pertama yang dipetik daripada album tersebut dilancarkan pada 26 Jun tahun lalu di Petaling Jaya. Muncul selangkah lagi, pada 30 Disember lalu, Lah Ahmad telah melancarkan sebuah video muzik Kehadiranmu sebuah lagu yang menjadi taruhan dalam album Jalan Untuk Kembali di saluran Youtube Inteam Records.

Budiey akui vokal Lah Ahmad antara yang terbaik di Malaysia dan album Jalan Untuk Kembali yang diterbit dan diedarkan oleh Inteam Records dengan kerjasama Sony Music Malaysia ini membuktikan segalanya. Tak percaya, korang boleh dengar. Budiey biasanya dengar di Spotify dan lagu Kehadiranmu antara lagu yang menjadi kesukaan.

Susunan lagu yang baik dengan kendalian vokal yang mantap telah menghasilkan lagu yang sempurna. Menonton video klip ini buat kali pertama, apa yang Budiey dapat simpulkan penghasilannya tidak menggunakan banyak elemen dan ianya cukup ringkas di mana ia terlalu fokus kepada si pelantun vokal.

Hanya menggunakan suluhan lampu di studio, alat projecktor dan selebihnya, menggunakan objek seperti bulan yang menjadi simbolik serta metafora kepada kehadiran cinta kepada Rasullullah SAW dan tidak lupa emosi yang cukup mendalam menghiasi video klip ini. Budiey dapat rasakan kerinduan yang amat dalam itu menerusi gaya, bahasa badan dan ekspresi wajah Lah Ahmad.

Masih jelas terbayang semasa Lah Ahmad perform lagu ni di Malam Mimbar Pencetus Ummah. Penghayatan yang cukup perfect.

Alhamdulillah, sekali lagi kita lihat bagaimana bertuahnya mereka-mereka termasuk para rakan artis lain yang mendapat hidayah Allah kembali dengan cara yang berbeza namun masih kekal dengan tujuan yang lebih jelas.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Di Sini Permainan Bola Sepak Terbaik Asia Berlaku

Liverpool FC TV Buat Peminat Bola Sepak Di Malaysia