in , ,

Lirik Lagu ADA CINTA – Acha Septriasa & Irwansyah

Dulu, lagu My heart meletop dan mengangkat nama Acha Septriasa & Irwanshah sehingga lagu itu dikatakan menjadi siulan ramai dan ngetop di carta radio dan muzik TV. Kini, mereka berdua kembali dalam beberapa rangkaian lagu yang tidak kurang hebat dalam album runut filem LOVE IS CINTA yang kini sedang memecah pawagam di Indonesia dengan cerita yang cengeng dan tangkap lentok. Untuk peminat filem cinta romantis ini, jangan lupa lambat laun filem ini akan sampai di Malaysia jugak.

Acha & Irwanshah beruntung kerana sering mendapat lagu yang begitu cocok, merdu, syahdu dan sesuai dengan kemampuan vokal mereka. Lagu Ada Cinta ini saya kira begitu mendalam dan langsung terus terang jelas maksudnya. Kalau ada pembaca yang sedang bercinta, mungkin akan faham apa yang cuba disampaikan dalam lagu ini. Liriknya begitu menyentuh perasaan saya. Itu belum tonton lagi. Kalau dah tonton, tak tahu pula bagaimana rasanya.

Lagu ini menceritakan betapa seorang kekasih ingin menantikan satu lafaz terindah dari mulut pasangannya. Harapannya begitu besar untuk menerima pengakuan kekasihnya. Kadang-kadang agak sukar bagi kita untuk mengungkapkan perasaan hati. Untuk sesetengah orang, ucapan kasih, sayang, cinta itu sangat mahal harganya. Kadang-kadang agak berat untuk diluahkan kepada orang yang kita cintai. Padahal kita dan dia tahu, yang cinta itu ada dalam hati masing-masing. Ini semua tergambar dalam ruang korus yang begitu syahdu bila didengar… “Mengapa berat ungkapkan cinta, Padahal ia ada, Dalam rinai hujan, dalam terang bulan Juga dalam sedu sedan.”

Untuk anda, hayatilah perasaan cinta itu kiranya ada walaupun sekelumit. Marilah sama-sama kita raikan perasaan cinta itu walaupun kadang-kala perasaan itu buat kita rasa debar dalam jiwa yang bergetar… tetapi percayalah, cinta itu akan menjadi nyata seandainya ucapan itu diraikan bersama.

Untuk semua pembaca Sensasi Selebriti… I love you all.

Acha Septriasa & Irwansyah bersama Nirina Zubir

Lirik Ada Cinta – Acha S & Irwansyah

Ucapkanlah kasih..
Satu kata yang kunantikan
Sebab ku tak mampu membaca matamu
Mendengar bisikmu

Nyanyikanlah kasih..
Senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu

Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada
Dalam rinai hujan, dalam terang bulan
Juga dalam sedu sedan

Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal yang terasa
Dalam rindu dendam, hening malam
Cinta.. terasa ada…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemenang Peraduan Menangi Album Waheeda – Melodi Ahlan

Pemenang Anugerah Planet Muzik 2007