Ingat tak lagi pada bulan April lalu, Sensasi Selebriti telah mengadakan satu Peraduan Menangi Album Terbaru Waheeda – Melodi Ahlan. Di mana memerlukan pembaca menjawab 3 soalan dan menulis pantun paling KREATIF mengenai Waheeda.
Jadi, berikut ini adalah senarai pemenang-pemenang yang bertuah:
Pemenang yang memenangi album terbaru Waheeda Melodi Ahlan + CD & VCD dari Metrowealth:
1. Affan Azami dari Kemaman, Terengganu
Waheeda kembali dengan album terkini,
Penangan Wassini tetap di ingatan,
Merah menyala imej makin berseri,
Ini lah dia Waheeda- Melodi Ahlan.
2. Nur Hazwani Binti Mahmad Yusli dari Alor Setar Kedah
budi pekerti mu bersulam wassini,
indah bagai permata bersinar,
tiada bandingan kecantikan yang dimiliki,
waheeda engkaulah bintang bersinar.
5 orang pemenang saguhati yang memenangi CD & VCD keluaran Metrowealth.
- Nurul Huda Razali dari Kelana Jaya
- Mohd Zainal Musleem dari Kajang
- Roziah Sayuti dari Seremban
- Nurbaiyyah dari Kuala Lumpur
- Abdul Rahman dari Pulau Pinang
Tahniah kepada semua pemenang. Anda akan dihubungi melalui untuk penghantaran hadiah.
![](http://farm2.static.flickr.com/1257/536856947_8873d34169_o.jpg)
Terima kasih kepada Metrowealth Sdn Bhd kerana sudi menaja hadiah.
Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
![](http://farm1.static.flickr.com/174/462307516_46f543de46_o.jpg)