in , , , ,

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Menonton LAYLA MAJNUN di Netflix

LAYLA MAJNUN merupakan sebuah filem romantik yang dibintangi Acha Septriasa dan Reza Rahadian kini ditayangkan di Netflix. Apa kata baca artikel ini sampai habis untuk mendapotkan info dan membantu anda memahami apa yang terkandung dalam filem ini.

Pejam celik, pejam celik, kita sedang berada dalam bulan Februari yang cukup indah dengan bunga-bunga cinta. Ya, bulan ini dikenali dengan bulan cinta. Maka, tidak keterlaluan jika Budiey katakan, walaupun dunia masih bergelut dengan pandemik yang menular, tapi tidak menghalang untuk pasangan bercinta meraikan rasa cinta mereka dan tak lupa ada yang memilih bulan ini untuk mendirikan istana bahagia. Memeriahkan lagi suasana, kebanyakan content di kaca TV akan menyiarkan program bertemakan cinta. Netlix tidak terkecuali untuk memenuhi permintaan dari penonton yang dahagakan filem-filem romantis. 

Maka, sebuah filem berjudul Layla Majnun menjadi salah satu tayangan yang disiapkan Netflix untuk meraikan momen-momen romantis pada bulan ini. Buat anda yang belum menonton, apa kata tonton filem ini. 

Filem LAYLA MAJNUN

Sebut saja Layla Majnun, sudah pasti mengingatkan kita tentang sebuah cinta penuh tragis. Mendengar dua nama ini saja bukan menjadi satu judul karya cinta yang asing untuk kita kerana karya ini pernah didatangkan dalam pelbagai naskhah daripada tulisan, puisi, malah pernah difilemkan juga.

Untuk rekod, di Malaysia saja, filem yang menggunakan judul Laila Majnun sebenarnya sudah beberapa kali ditayangkan iaitu versi 1933 arahan BS Rajhans dan sekali lagi diterbitkan pada tahun 1962 yang membariskan pelakon hebat seperti Nordin Ahmad dan Latifah Omar. Akan tetapi, Layla Majnun yang disiarkan oleh Netfliz ini adalah sebuah filem versi yang moden dan segar yang mana diinspirasi daripada kisah cinta Layla dan Majnun.

Filem berskala besar ini dibarisi dengan barisan pelakon hebat Indonesia antaranya, Acha Septriasa dan Reza Rahadian sebagai tunjang utama di samping Baim Wong sebagai watak antagonis. Filem arahan Monty Tiwa ini mengangkat inti dalam cerita legenda dari Timur Tengah itu dan disuntik ke dalam karyanya.

Selain Reza dan Acha, bintang Indonesia lain yang turut membintangi filem itu adalah Baim Wong, Uli Herdinansyah, Dian Nitami, Landung Simatupang, Beby Tsabina, August Melasz, dan Natasha Rizki.

Reza dan barisan pelakon lain optimis filem yang menjalani penggambaran di Azerbaijan pada penghujung 2019 itu mampu menghiburkan penonton seluruh dunia, memandangkan mereka sendiri seronok sepanjang penggambaran.

Setelah sekian lama tidak digandingkan dalam satu layar, kini Acha Septriasa dan Reza Rahadian kembali dipasangkan dalam filem Layla Majnun dengan membawa watak sebagai seorang wanita bernama Layla yang berpendidikan agama, teguh pendiriannya, manakala Reza Rahadian pula memegang watak seorang pemuda berkebangsaan Azerbaijan yang cukup pintar dan romantis bernama Samir.

LAYLA MAJNUN

Seperti yang kita dapat jangkakan, dua watak ini saling jatuh cinta walaupun terhalang oleh pangkat dan kedudukan. 

Perlu diingatkan, filem ini bukannya 100% diadaptasi dari kisah Layla Majnun akan tetapi kisahnya dioleh sedikit agar menjadi lebih menarik. Layla Majnun mengisahkan tentang Layla yang bertugas sebagai guru dan nak dijadikan cerita, Layla ditawarkan untuk menjadi pensyarah di Azerbaijan yang menjadi impiannya dari dulu dan mahu mengajar mengenai bahasa dan budaya Indonesia di sana.

Semasa di Azerbaijan, Layla mengenali pelajar bernama Samir yang banyak membantunya meneroka negara yang masih asing buat dirinya itu. Tanpa disangka, muncul rasa cinta dalam hati Layla. Namun, Layla masih lagi cuba sedaya-upaya untuk menafikan perasaannya kerana tidak mahu timbul sebarang konflik memandangkan Samir adalah pelajarnya.

Namun, Samir nampaknya tidak berputus asa untuk mencuri hati Layla, malah turut membawanya bertemu dengan ibunya. Hubungan itu mula dihidu Ibnu ketika dia datang ke Azerbaijan untuk bertemu Layla. Dia kemudiannya memaksa Layla untuk pulang ke Indonesia dan meninggalkan negara itu. Penonton akan tersenyum sendiri ketika melihat usaha yang dibuat oleh Samir untuk memikat hati wanita idamannya itu.

Pada masa sama, Ibnu juga ada agenda peribadi iaitu untuk memastikan tidak timbul sebarang skandal antara kekasihnya dengan lelaki lain dan pada masa sama, ingin menjaga imejnya dengan memperisterikan wanita baik serta solehah seperti Layla.

Dari situ, timbul konflik dan krisis dalam diri Samir yang membuatkannya tertekan serta kemurungan.

Tidak hanya berdepan dugaan besar dengan perasaan, Layla juga berdepan dugaan hebat apabila bapa saudaranya yang gemar memaksa dan mengatur kehidupannya mula bertindak agresif.

LAYLA MAJNUN

Ini bukan pertama kalinya Reza Rahadian dipasangkan oleh Acha Septriasa. Sebelumnya mereka pernah tampil bersama untuk film Test Pack: You’re My Baby dan Strawberry Surprise. Dari segi lakonan, tidak dapat dinafikan kedua-dua pelakon ini mempunyai keserasian yang luar biasa kerana pengalaman mereka berlakon sukar ditandingi. Untuk rekod, flem Layla Majnun adalah karya ketiga gandingan Reza dan Acha selepas filem Test Pack: You’re My Baby pada 2012 dan The Strawberry Surprise (2014). Tidak hairanlah apabila keduanya mampu menghidupkan karakter Layla dan Samir dengan kuat sehingga dapat memukau perasaan penonton dengan kisah cinta mereka.

Cinta tanpa halangan sememangnya tak sah la kan! Jadi dalam filem ini penonton akan dibawa untuk merasai gundah gulana dan tekanan perasaan apabila cinta tidak mendapat restu dan dijodohkan pula dengan orang yang salah iaitu Ibnu (Baim Wong) menjadikan Layla berada di antara dua pilihan: mengikuti kata hati atau menjalani pernikahan yang tidak diinginkan. Hal ini tentunya dapat menghasilkan banyak momen yang menyentuh hati.

Jika anda seorang yang suka travel, sudah tentu akan tertarik untuk menonton filem ini kerana korang akan dibawa untuk mengembara di lokasi menarik di Azerbaijan yang cukup indah.

Keindahan Azerbaijan sedikit sebanyak mencorakkan jalan cerita filem ini dan menyuntik eleman romantis untuk dua insan yang sedang jatuh cinta. 

Perjalanan cinta Layla dan Samir yang penuh lika-liku tentunya bisa memberikan pelajaran yang berharga mengenai sebuah hubungan. Mungkin kita dapat belajar mengenai cara memperjuangkan cinta.

Reza Rahadian mengakui dia terpaksa berdepan dengan cabaran besar apabila perlu berdialog dalam bahasa Azerbaijani. Reza berkata, perkara paling sukar buatnya apabila perlu belajar bertutur dalam bahasa Azerbaijan. Bukan satu benda yang mudah. Lakonan Reza patut dipuji kerana untuk menuturkan dialog dalam bahasa Azerbaijan beliau terpaksa bekerja keras untuk memastikan lakonannya nampak realistik.

Menurut Reza, dia kena berlatih dan buat homework. Namun, dia bersyukur kerana mendapat bantuan daripada pelajar-pelajar di Azerbaijan, yang mampu bertutur dalam Bahasa Indonesia.

“Satu cabaran yang sukar adalah untuk belajar bahasa Azerbaijani. Bukan saja saya perlu tahu sebutan, tetapi intonasi dan cara untuk menggunakannya dalam dialog.

“Namun, semuanya dipermudahkan dengan adanya bantuan daripada pelajar-pelajar Azerbaijan yang belajar dalam kursus pengajian Bahasa Indonesia,” 

– Reza Rahadian

Menurutnya, sepanjang proses penggambaran, pelajar itu banyak membantu pasukan produksi.

“Sepanjang penggambaran berlangsung, kami ditemani pelajar-pelajar ini. Jadi, harapan saya semoga hasilnya memuaskan,” 

– Reza Rahadian

Semasa sesi bersama media,  Reza Rahadian ditanya tentang persamaan karakternya dengan watak Samir dalam dalam filem arahan Monty Tiwa itu. Reza Rahadian diketengahkan sebagai pejuang cinta, namun kehidupan realiti pula sebaliknya.

“Soal persamaan karakter saya dan Samir dalam kehidupan sebenar, kami suka dengan sejarah.

“Tetapi, dari segi perbezaan lain, Samir begitu memperjuangkan cinta, manakala saya pula tidak sepertinya,” 

“Kami menimba banyak pengalaman manis penggambaran filem Layla Majnun di Azerbaijan. Jadi, saya percaya dengan hubungan yang kuat antara Azerbaijan dan Indonesia dari segi kerjasama dan budaya yang cuba diketengahkan oleh sutradara mampu menghiburkan penonton.

“Filem Layla Majnun adalah kisah cinta yang jujur dan mungkin sahaja terjadi kepada sesiapa dan bila-bila masa. Tidak mustahil kisah ini boleh terjadi dalam kehidupan nyata,”

– Reza Rahadian

Acha Septriasa pula berkongsi pengalamannya kembali bekerja dengan Reza, di mana beliau sangat menyanjung bakat yang dimiliki pelakon kecil molek itu.

Dalam filem ini banyak penggunaan kata-kata puitis yang jarang-jarang sekali kita tuturkan dalam kehidupan seharian.

“Saya puji Acha kerana berjaya membawakan wataknya yang penuh bait-bait dialog puitis dengan begitu baik sekali tanpa sedikit pun berasa janggal.

“Bersyukur saya dapat rakan gandingan sebegitu yang berupaya menjadikan dialog itu kelihatan sedap didengar seperti mana yang dituntut produksi filem ini,”

– Acha Septriasa

Beberapa puisi dan dialog dalam filem ini digarap dalam format bahasa Indonesia baku, yang menurut Acha elemen ini menjadi sangat menarik, apalagi saat ini penggunaan bahasa Indonesia – terutama di media sosial – sangat fleksibel.

Jika anda mahu menonton gandingan serasi antara Reza dan Acha, jangan lepaskan peluang untuk menonton Layla Majnun di Netflix.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Program Lifeline di RTM, Kongsi Inspirasi Doktor Pakar

Mula Menyanyi di Usia 5 Tahun, Fikry Kiki Kini Ada Single Pertama Berjudul REALITI CINTA