in , , , ,

Filem LAYLA MAJNUN Lakonan Acha Septriasa & Reza Rahadian Bakal Ditayangkan di Netflix

Kisah legenda percintaan antara Layla & Majnun akan ditayangkan di platform Netflix pada 11 Februari 2021!

Pelakon terkenal Indonesia, Acha Septriasa akan bergandingan dengan Reza Rahadian dalam filem ini. Saksikan trailer rasmi Netflix di bawah:

Pengarah: Monty Tiwa 

Filem ini diinspirasikan dari kisah pasangan Layla & Majnun. Drama romantik ini menggambarkan bagaimana cinta dapat mekar berkembang walaupun perlu menghadapi pelbagai cabaran dan halangan tradisi.

Ikuti kisah Layla, seorang sarjana Indonesia yang beragama dan berpendidikan tinggi. Ketika di Azerbaijan, dia jatuh cinta dengan seorang pemuda Azerbaijan bernama Samir. 

Terperangkap dalam pernikahan yang diatur oleh keluarganya, Layla telahpun dijodohkan dengan Ibnu. Ada dua jalan yang harus dipilih oleh wanita ini. Ingin mengikuti keinginan hati atau meneruskan perkahwinan yang telah dirancang oleh keluarganya?

Jangan lupa untuk menonton kisah Layla & Majnun 11 Februari 2021, hanya di Netflix.

Filem LAYLA MAJNUN

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bermula dengan Pondok Rehat, Kini Absolut Chocolat Berjaya Ada Kilang Sendiri

Dimasukkan ke Hospital Banting, Roy Sesak Nafas & Ada Jangkitan Kuman Dalam Paru-Parunya