in

Lirik Pulanglah Awi Rafael

Sebagai seorang yang pernah menganggotai kumpulan ‘Bhumiband’ suatu ketika dulu, Awi Rafael yang juga merupakan seorang penulis lagu dan lirik ini kini mula menggiatkan diri dalam industri muzik tempatan sebagai artist solo di bawah naungan Warner Music Malaysia Sdn Bhd.

Ramai yang suka dengan lagu Pulanglah ni. Mesti ramai yang cari chord lagu ni. Boleh main gitar. Atau mungkin ada yang nak nyanyi di pusat karaoke. Pulanglah bukan sahaja mengingatkan Budiey dengan lagu Aishah. Tapi Pulanglah juga mengingatkan sebuah lagu yang menjadi lagu tema filem Pontianak Harum Sundal Malam.

Pulanglah” adalah single pertama Awi Rafael. Sebagai protégé Dimas (Hujan), Awi Rafael kini muncul dengan single pertamanya “Pulanglah”. Senilagu dan senilirik oleh Awi Rafael sendiri, “Pulanglah” dikoordinasikan oleh Dimas sebagai produser.

Video Awi Rafael nyanyi lagu Pulanglah semasa persembahan di No Black Tie.

Pulanglah
Senilagu & Senikata: Awi Rafael
Hakcipta Senilagu & Senikata: Noh Phrofile Enterprise

Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri dekat tapi kau tak nampak
Hodohkah aku ‘tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada

Bridge:
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menantikan mu
Berikan jawapan

Korus: (2x)
Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Aku tak ingin, tak perlu
(Aku dah bingung)

Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama

Ulang Bridge & Korus
*Gitar Solo
Ulang Bridge

Runaway…
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Aku tak ingin, tak perlu

Ulang Korus

awi

awi-rafael

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Casting Call Search Miss Universe Malaysia 2012

Filem Smurfs 3D Ditayang September 2011