in , ,

‘Wow! Barang Baik’ Rico Setiabudi Bawa Pesan Tentang Mencari Cinta Sejati

Penyanyi dan penulis lagu berbakat asal Singapura, Rico Setiabudi, bersiap untuk menggoda telinga para pendengar dengan single terbarunya, Wow! Barang Baik.

 Lagu ini adalah karya ketiga yang dikeluarkan oleh Rico Setiabudi di bawah bendera syarikat rakaman terkemuka, Luncai Emas.

Wow! Barang Baik bukan sekadar lagu biasa, melainkan sebuah kisah yang menghidangkan cerita tentang pencarian cinta sejati. Dalam liriknya, Rico mengajak pendengar untuk merenung tentang kebenaran bahwa cinta sejati tidak selalu dapat ditemukan melalui penglihatan semata. 

‘Wow! Barang Baik’ Rico Setiabudi Bawa Pesan Tentang Pencarian Cinta Sejati

Sebaliknya, ia menggambarkan betapa pentingnya untuk melihat dengan mata hati yang tulus untuk menemukan cinta yang hakiki. Walaupun cinta itu begitu jelas, namun sayangnya, kebanyakan manusia tidak mampu melihatnya.

Tidak hanya sekadar menyampaikan pesan, lagu ini juga berfungsi sebagai panduan praktis bagi pendengar untuk memahami bagaimana mencapai cinta sejati. 

Dengan irama yang santai dan lirik yang tepat dan mudah dihadam, Wow! Barang Baik diharapkan dapat memberikan semangat dan keceriaan kepada pendengar, serta meninggalkan kesan positif yang mendalam. 

Untuk lagu ini beliau bekerjasama dengan rakan-rakan seperjuangan beliau, Rayhul Firdaus sebagai penulis lirik dan penggubah bersama, dan Rifaah Ridzwanulhakim sebagai produser dan Rici Bell sebagai pereka grafik. Mereka juga adalah darah daging beliau yang sentiasa bersama beliau dalam perjalanan seninya dari awal hinggalah sekarang.

Wow! Barang Baik dijadualkan akan dirilis pada tanggal 1 Mei 2024, dan diharapkan akan menjadi angin segar bagi industri muzik dengan pesan yang dibawanya. Jangan lewatkan kesempatan untuk merasakan aura positif dari karya terbaru Rico Setiabudi yang menakjubkan ini.

‘Wow! Barang Baik’ Rico Setiabudi Bawa Pesan Tentang Pencarian Cinta Sejati

‘Wow! Barang Baik’

Artis : Rico Setiabudi, Studio Aku by RF

Release Date  : 1 May 2024

Genre : Pop

SubGenre : Bubblegum Pop

Lirik : Rico Setiabudi/Rayhul Firdaus

Lagu : Rico Setiabudi

Arranger : Rayhul Firdaus/Rico Setiabudi

Mix And Master : Studio Aku by RF 

Producer :  Rifah Ridzuwanulhakim

Kulit Album : Rici Bell

Video Lirik : Rici Bell

Verse:

Duduk bersama tak melakukan apa pun

Mungkin itu yang dipandang dari mata yang rabun

Menutup mata tak  melihat apa pun

Tapi sebenarnya jelas tampak cinta menimbun

Ini cerita ape? Cerita dulu kale.

Kisah cerita cinte tentang si celik dan buta

Ni bukan kisah dongeng yang aku nak ceritakan

Bukan satu rekaan tapi ini kenyataan

Prechorus:

Ohh mcm gtu?

Yee cinta satu

Ahh baru tahu

Baru mula ambik bau

Wow bau wangi

Hmm hidu lagi

Wow sampai hati

Biar smpai sebati

1 2 3 Haq

Chorus:

Wow wow aku naik angau

Hilang semua risau

Bagaikan atas langit terapung-apung

Wow wow ini barang baik

Ngantuk terus celik

Tahan-tahan nafas aku terus naik!

Verse:

Bila aku turun aku lost aku bingung

Eh aku kat mana pulak sejenak ku termenung

Member aku cakap dia nampak angin

Ade yang nampak cahya tu bahagian masing masing

Korang dengar lagu ni mesti korang rasa pelik

Ape kene mengene dengan si buta dan si celik

Itu korang punye keje utk korang korek

Korek gali gali dalam dalam baru balik

Prechorus:

Haa pegi korek

Huh cara balik

Huh ape pelik

Cepat pergi korek

Ohh kau tktau

Ok ambik bau

Hmm kene hidu

Tahan dekat situ

Hmm huu haq!

(Back to Chorus)

Bridge

Wow wow

Kisah tentang si buta dan si celik

Wow wow

Cerita cinta yang amat menarik

Wow wow

Sebabtu aku nak korang korek

Wow wow

Kene sampai jumpa baru boleh balik

‘Wow! Barang Baik’ Rico Setiabudi Bawa Pesan Tentang Pencarian Cinta Sejati

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aina Abdul & Ernie Bakal Berduet Lagu Kurik Kundi di Konsert Destiny Of Music 

Lagu Masing Masing Versi Tradisional, Ernie Zakri Berada di Kelas Tersendiri