in ,

Lirik Lagu SEMUA TENTANG KITA Asfan Shah

Sebuah lagi lagu terbaru daripada suara serak-serak basah penyanyi Asfan Shah berjudul SEMUA TENTANG KITA. Lagu tentang dua insan bercinta dan dalam pada masa yang sama mereka mempunyai komitmen dengan insan lain. Jadi, cinta mereka tak rela diduakan kerana hati mereka tak rela menduakan. Akhirnya mereka mengambil jalan untuk berpisah dan menjadikan hati cukup sengsara menderita. Begitulah sedikit fahaman tentang lagu ini.

Video lagu ini sudah pun diupload di Youtube Channel Rusa Music. Tonton dan dengar lagu ni. Best gak kan?

Lirik Lagu SEMUA TENTANG KITA Asfan Shah

Ku biar saja waktu ini membalasnya
Erti rindu erti mencinta
Menutupi segala gelisah

Kau juga sama ada rasa tentang kita
Tapi hati enggan mendua
Biar sengsara hati kan merana

Ingin aku hapus segala
Tak bisa jua melawan cinta

Tuhan tolonglah aku mencintainya
Sungguh hatiku berbalah setelah cinta diuji
Runtun jiwaku tulus mencintaimu
Jujurlah pada hatimu
Oh Tuhan tetapkanlah semua tentang kita

Benci juga rindu senantiasa merasukku
Sulit untuk ku melafazkan
Diri tanpamu tiada bertahan

Tuhan tolonglah aku mencintainya
Sungguh hatiku berbalah setelah cinta diuji
Runtun jiwaku tulus mencintaimu
Jujurlah pada hatimu
Oh Tuhan tetapkanlah semua tentang kita
Semua tentang kita
Semua tentang kita

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Patut Anda Tahu Tentang Teater KENA MAIN

Konsert Muzika Nusantara Yang Meriah Bak Citrawarna