in

Yang Patut Anda Tahu Tentang Teater KENA MAIN

Teater Kena Main karya dan arahan Khalid Salleh terbitan bersama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Istana Budaya akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya selama 10 hari bermula 27 Mac hingga 5 April 2015 ini.

Karya yang berusia lebih 17 tahun ini dikisahkan berdasarkan pengalaman Khalid Salleh semasa menjadi penjual ubat di kaki lima. Kena Main mengisahkan tentang tiga pemuzik buta yang mencari nafkah hidup di pinggir jalanan. Walaupun kurang upaya, mereka gigih menghadapi tekanan dan cabaran kehidupan seharian yang berpunca daripada manusia normal.

Pelakon &Amp; Penerbit Kene Main

Pementasan ini berjaya mendapat sokongan banyak pihak, baik sebagai penaja judul dan penaja utama, mahupun sumbangan dalam bentuk tajaan lain iaitu ______ sebagai Penaja Judul, ________ sebagai Penaja Utama dan Ultra FM sebagai Rakan Radio Teater Kena Main.

Pementasan Teater Kena Main membabitkan 10 watak, dan berikut adalah senarai penuh bagi pelakon watak utama yang mengambil bahagian dalam menjayakan pementasan ini:

Pie : Eman Manan
Jusuh : Ebby Saiful
Daud : Sani Sudin
Mona : Aida Othman
Laila : Azizah Mahzan
Jamil : Azman Hassan
Mat Pit : Mohd Rodhi Md Noor
Penjual Ubat : Sabri Yunus
Peminta Sedekah : Fauziah Nawi

Tiket pementasan dijual pada harga RM35, RM55, RM85, RM105 dan RM155, dan boleh dibeli secara dalam talian di redtix.airasia.com. Tiket juga boleh dibeli di cawangan berdaftar sekitar Kuala Lumpur iaitu Rock Corner di The Gardens, The Curve, Subang Parade, dan Midvalley; Victoria Music Cemtre di Sungei Wang, Bangsar Shopping Center, Tropicana City Mall dan Amcorp Mall; KL Live di KL Sentral; Tune Store di Low Yat, dan di Pulau Pinang iaitu di Artist Gallery Gurney Plaza dan Artist Gallery Queensbay Mall.

Selain itu, pihak penerbit turut memberikan harga istimewa kepada pelajar sekolah rendah dan menengah; Institut Pendidikan Guru (IPG) serta universiti awam dan swasta iaitu RM20 seorang, manakala bagi pembelian pukal (10 keping tiket dan ke atas) menerusi ITBM, diskaun istimewa sebanyak 20% atas harga tiket akan diberikan.

Dalam majlis sama turut diadakan program Kata Pembaca, Kata Pengarang (K-PaP) yang merupakan forum intelektual yang membahaskan karya nukilan penulis tempatan anjuran Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). Forum ini mengupas dengan lebih mendalam buku kumpulan drama pentas Kena Main karya Khalid Salleh terbitan ITBM. Forum ini menampilkan panel hebat iaitu Khalid Salleh (penulis skrip, pengarah teater & pelakon) yang merupakan pengarang buku ini dan U-Wei HajiSaari (pengarah teater & filem) sebagai pembaca yang dikendalikan oleh A. Wahab Hamzah selaku moderator.

Buku Kena Main merupakan karya ketiga Khalid Salleh yang diterbitkan oleh ITBM selepas buku Pandirnya Si Pandir dan Kalau Aku Jadi PM. Buku ini menghimpunkan empat skrip drama pentas karya Khalid Salleh iaitu Kena Main, Si Bereng-bereng, Seng Ora-ora dan Jual Ubat. Kesemua skrip ini pernah dipentaskan oleh Khalid Salleh sebelum ini. Buku Kena Main ini diterbitkan dengan tujuan untuk dijadikan naskhah rujukan peminat atau penggiat teater pada masa hadapan.

Buku kumpulan drama pentas Kena Main dijual pada harga RM25.00 senaskhah (RM30.00 bagi Sabah dan Sarawak) dan boleh didapati di Kedai Buku 1Malaysia, rangkaian kedai buku utama seluruh negara atau melalui pembelian secara dalam talian menerusi laman e-Beli-belah ITBM di ecommerce.itbm.com.my.

Gambar Buku Kene Main

Lakonan Priveu Kene Main

Bicara Buku Kene Man

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Laporan Asian Games Primeworks Studios TV3 Rembat Anugerah Media Sukan

Lirik Lagu SEMUA TENTANG KITA Asfan Shah