in

Asfan Shah Kini Ada Kelab Peminat ASFANATICS

Kejayaan seseorang artis turut bergantung kepada pengikut atau peminat. Tanpa sokongan dan bantuan peminat, seseorang artis itu agak sukar untuk terus bertahan. Mana-mana artis sekalipun pasti memerlukan sokongan dan bantuan dari peminat. Bohonglah, kalau Budiey kata, artis boleh berjaya kalau tiada peminat di belakang mereka.

Oleh kerana itu, semalam, Budiey telah dijemput untuk ke acara santai-santai bersama penyanyi Alasan Untuk Bahagia, iaitu Asfan Shah yang diadakan di Banjaria Court, Taman Samudera, Batu Caves. Kebetulan, Budiey pun tinggal di kawasan perumahan itu, jadi Budiey luangkan sedikit masa terluang di hujung minggu ini untuk beramah mesra dan berkenalan dengan sekumpulan yang menamakan diri mereka #TheSuperbFrenz. Mereka dengan rasminya pada malam ini telah melancarkan kelab peminat yang menggelarkan diri mereka ASFANATICS khusus kepada sesiapa yang meminati penyanyi Asfan Shah. Asfanatics diterajui oleh presiden yang disandang oleh Zaini Zulhezri (dari ZTwok Printing) yang juga seorang jurugambar yang pernah membantu Budiey merakam gambar di Party Budiey yang ke-7.  Zaini juga turut dibantu oleh beberapa orang rakan yang lain. Pertemuan ini turut meraikan empat orang yang menyambut hari jadi pada bulan Januari.

Asfanatics

[pullquote align=”right”]Acara santai ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyanyi Asfan Shah tentunya hadir untuk menghiburkan dengan tiga buah lagu secara akustik iaitu Tak Cuba Kembali, Terhenti Di Sini dan sebuah single lagu baru yang kini masih diputarkan di radio, Alasan Untuk Bahagia.[/pullquote]

Sempena dengan pelancaran yang diadakan secara santai dan kasual, Asfanatics juga telah melancarkan baju T berwarna biru dan diberikan kepada semua yang hadir. Sambil berborak-borak, semua yang hadir menjamu selera dengan hidangan barbeque. Walaupun acara ini sangat ringkas, namun bagi Asfan ianya penuh bermakna untuk penyanyi ini kerana ia menjadi platform untuk beliau beramah mesra dengan peminat dengan suasana yang lebih intim. Asfan sendiri akui, tanpa sokongan peminat, agak sukar untuk beliau terus bertahan menjadi penyanyi. Beliau mahu peminatnya di luar sana turut serta dalam memeriahkan dan meramaikan lagi Asfanatics dan menjadikan kelab peminat yang lebih establish pada satu masa nanti. Beliau juga tidak menafikan, dengan sokongan peminatlah, segala kejayaan yang menanti di kemudian hari akan tercapai. Begitu juga beliau percaya adanya hubungan erat dengan Asfanatics, sekurang-kurangnya kelab peminat seperti ini dapat menjadi pemacu kepada laluan untuk Asfan mencapai kejayaan dengan lebih lancar.

Dalam pada masa yang sama, Asfan akui masih ada lagi peminat yang lebih mengetahui lagu yang dinyanyikan tapi masih belum mengenali siapakah penyanyi kepada lagunya. Ramai yang masih bertanya-tanya, siapakah gerangan yang menyanyikan lagu Alasan Untuk Bahagia ni. Maksudnya di sini, lagu Asfan lebih popular dari dirinya sendiri. Namun, ianya tidak menjadi masalah yang besar bagi Asfan kerana jika ada yang meminati lagu beliau itu sudah memadai dan itu satu petanda yang baik. Mungkin selepas ini, mereka akan lebih mengenali Asfan.

Menurut Asfan, beliau berazam untuk lebih ‘all-out’ dan akan bekerja lebih keras. Budiey juga turut diberitahu, Asfan juga turut menerima tawaran berlakon drama telemovie di bawah arahan Michael Ang. Pengambaran drama berjudul Patung itu sudah pun selesai dan akan ditayangkan di kaca TV Astro pada bulan Februari ini. Drama ini menggandingkan Asfan sebagai watak utama bersama pelakon Haniz Zalikha. Menurut Asfan, beliau sangat berterima kasih Michael Ang yang percaya dengan bakatnya dan sekurang-kurangnya, dengan penampilannya di kaca tv akan menjadikan ramai yang mengenali nama Asfan.

Keseluruhan acara santai ini sangat happening sebab orang-orang yang hadir pun semuanya happening dan havoc. Budiey nak ucapkan selamat maju jaya kepada kelab peminat Asfanatics. Terima kasih kerana sudi menjemput Budiey.com.

Jom tonton video:

Santai Bersama Asfanatics – TAK CUBA KEMBALI

Terhenti Di Sini – Asfan #Asfanatics

Alasan Untuk Bahagia – Asfan #Asfanatics

Gambar sekitar ramah mesra ASFANATICS akan disiarkan sedikit masa lagi.

Asfanatics

Asfanatics

Asfanatics

Asfanatics

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Thai Airasia X Obtains Air Operator’s Certificate

Nur Fathia & Aiman Hakim Ridza Berlakon Teater BIDASARI