in ,

Lirik Lagu SELEPAS BERPISAH Fitri Hakim

Penyanyi Fitri Hakim mula memperkenalkan bakat nyanyiannya seawal usia 6 tahun dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian dan jemputan membuat persembahan. Kegigihan dan kesungguhan Fitri Hakim anak kelahiran Pahang ini dapat dilihat menerusi banyak pertandingan nyanyian yang diceburinya dia mendapat tempat ke -3 Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan, RTM Kuching Sarawak pada tahun 2003, Naib Juara Bintang Klasik Nasional Peringkat Kebangsaan tahun 2010 dan dia merupakan Naib Juara Bintang RTM tahun 2012. Fitri Hakim juga pernah dianugerahkan sebagai Ikon Berpotensi di dalam program ”IKON KEM BINTANG BINTANG’ di TVi @ ASTRO 180.

[pullquote]Lagu SELEPAS BERPISAH berkisarkan tentang perasaan kepedihan yang dihadapi seseorang yang telah dikecewakan oleh orang yang tercinta kerana adanya cinta orang ketiga.[/pullquote]

Isu orang ketiga yang kian hangat diperkatakan sekarang pastinya sinonim dengan apa yang hendak disampaikan menerusi lagu `Selepas Berpisah’. Apa pun yang diharapkan `Selepas Berpisah’ pastinya kita bisa mampu untuk bangkit untuk meneruskan kehidupan dan menemui peluang kedua.

Pada 5hb Mac 2014, lagu `Selepas Berpisah’ telah dimuat-naikkan secara rasmi di rangkaian `You Tube’ KRU Music. Lagu ini juga dipasarkan melalui i-Tunes dan nada deringnya melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.

Budiey sediakan lirik untuk anda!

Lirik Lagu SELEPAS BERPISAH Nyanyian Fitri Hakim

Artis : Fitri Hakim
Lagu & Lirik : Edry Abdul Halim
Publisher : DD Music Sdn Bhd
Hakmilik Rakaman : KRU Music Sdn Bhd

Tersentak hatiku bila kamu luahkan padaku
Hasrat untuk putus dari terus menyayangi aku

Kau bilang dah punya insan lain yang mahu mengganti
Memaksa ku tanpa rela akur

Selepas berpisah
Dapatkah ku jatuh cinta lagi?
Setelah didusta rasa yang paling ku percaya

Namun ku pasrah untuk melepaskan dikau pergi
Ku mohon kau doa ku mampu bernyawa selepas berpisah

Bagaimana aku bisa sembuh dari parah ini?
Ataupun ditakdir sepi hingga hembusan terakhir

Moga kau bahagia dengan dia sepanjang hayatmu
Biar aku berselubung pilu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria FM Sambut Hari Wanita Antarabangsa 2014 Bersama Ikal Mayang

Qazem Nor & Elly Azman Tak Puas Hati Disingkir Produksi Drama