in

Suria FM Sambut Hari Wanita Antarabangsa 2014 Bersama Ikal Mayang

Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa 2014 yang disambut setiap 8 Mac, Suria FM telah menjemput Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:GIRLS) untuk berkongsi projek terbaharu mereka iaitu Ikal Mayang 2014.

Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa 2014 yang disambut setiap 8 Mac, Suria FM telah menjemput Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:GIRLS) untuk berkongsi projek terbaharu mereka iaitu Ikal Mayang 2014.

Ikal Mayang

Adibah Noor dan Halim Othman dari Ceria Pagi berpeluang untuk berbual dengan Low Ngai Yuen, Pengasas dan Presiden WOMEN:GIRLS, Ida Nerina, Naib Presiden WOMEN:GIRLS dan Pengarah Kreatif Ikal Mayang, serta Pengarah Program Ikal Mayang, Abby Latif.

“Ikal Mayang merupakan satu projek yang mengetengahkan kisah wanita dan memberi dorongan kepada mereka untuk terus berusaha. Kami berharap yang lebih banyak pendengar akan memberikan sokongan kepada Ikal Mayang.”

– Adiwati Zainuddin, Pengurus Program Suria FM.

Ikal Mayang, sebuah projek kompilasi filem-filem pendek yang ditulis dan diarah oleh wanita bagi meningkatkan suara wanita melalui seni layar kembali untuk meraikan Hari Wanita Sedunia 2014. Ikal Mayang 2014 memperkenalkan 6 buah filem pendek yang menampilkan lima wanita pengarah tersohor dan berbakat iaitu Datin Paduka Suhaimi Baba dari Malaysia, Nia Dinata dari Indonesia, Shireen Rano dari Filipina, A.D.Chan dari Singapura, Siti Kamaluddin dari Brunei dan Niraman Ross dari Thailand.

Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia tahun ini yang bertemakan “Inspire To Change” (Mencetus Perubahan), Ikal Mayang 2014 menyahut tema itu dengan tema projek mereka tahun ini iaitu: Terpendam.

Ikal Mayang 2014 menggarapkan kisah-kisah yang selama ini dipendamkan sahaja oleh wanita akibat daripada stigma, persepsi, dan amalan masyarakat dan disampaikan di dalam bentuk filem.

Festival Ikal Mayang bakal berlangsung pada 8 dan 9 Mac 2014, bertempat di pawagam GSC Pavilion, Kuala Lumpur.

Ikal Mayang 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Steve Vai Live Tour in Kuala Lumpur

Lirik Lagu SELEPAS BERPISAH Fitri Hakim