in , ,

Layla Sania Cabar Diri Lancar Single Rancak Pertamanya Bersama Bunga Berjudul BAMBINO

Penyanyi tempatan Layla Sania yang melancarkan dua single, By Your Side dan Traveler tahun ini mencapai populariti dengan melodi yang lembut dan lirik berkonsepkan inspirasi. Sebelum tahun 2021 berakhir, Layla mencabar diri dengan membawakan lagu rancak pertamanya, sebagai satu hadiah untuk peminat yang berjudul BAMBINO.

BAMBINO secara keseluruhannya mempamerkan senario yang jelas. Penceritaan BAMBINO adalah berkonsepkan kepada pemikiran anak muda daripada pelbagai aspek terpencil dalam konteks kehidupan dan pekerjaan. Istilah penyampaian yang digunakan juga adalah bersesuaian dan bertepatan dengan jalan penceritaan.

https://youtu.be/AN3DkFdBnz8

Ketidaksamaran juga diaplikasikan melalui suara anak muda, sebagai contohnya “Jangan bimbang tentang hitam dan putih dan betul dan salah. Kini, terdapat sepuluh ribu jenis gincu merah di dalam dunia orang dewasa. Adalah mustahak untuk mempamerkan fleksibiliti dan jika anda merupakan individu yang serba boleh, anda harus menguasai hubungan interpersonal. Anda boleh mencapai kepuasan dalam duniawi jika anda sedar akan waktu yang tepat untuk mengelak daripada pekara yang tidak perlu dalam kehidupan”.  

Layla Sania Cabar Diri Melancarkan Single Rancak Pertamanya Bersama Bunga, Berjudul Bambino

Ia menceritakan tentang proses kehidupan dalam pelbagai sudut selain daripada norma betul dan salah dalam hidup. Kepentingan kepada jurang fleksibiliti dan hubungan interpersonal yang kukuh adalah tunjang kepada corak kehidupan di tempat kerja.

Intipati lirik juga memberikan petunjuk bahawa mengapa kini orang muda suka memelihara haiwan peliharaan “Saya lebih rela mengadaptasikan Bambino tanpa sebarang penganiayaan kata-kata dan perbuatan. Sekurang-kurangnya saya mempunyai pendengar yang ikhlas dan setia. Keselesaan yang paling diperlukan adalah pemahaman terhadap ikatan jiwa mendalam kepada sanubari hati.”

Layla Sania Cabar Diri Melancarkan Single Rancak Pertamanya Bersama Bunga, Berjudul Bambino

BAMBINO ditulis oleh pemuzik Malaysia terkenal Chen Hai Wei dan Sun Pei Jia untuk Layla, Chen Hai Wei mempunyai pengalaman bekerja bersama Andy Lau, Huang Xiao Hu, Richie Ren. Irama dan lirik yang dinamik dan signifikan ini, telah  berjaya memberikan cabaran  baru kepada Layla.

Ketika percubaan untuk mempamerkan rentak yang lebih pantas dan R&B, Layla berkata, “Saya terus suka lagu itu ketika mendengar demo, gayanya sangat segar dan ia adalah sesuatu yang Layla tak pernah cuba, dan saya teruja sangat bila dapat tahu duet lagu ni ialah kawan baik saya Bunga! Lagipun ini single Mandarin pertama bagi Bunga, menjadikan lagu ni lagi istimewa bagi kita berdua!”.

Bunga berkata, “Ini adalah lagu Mandarin pertama saya, dan saya sangat gembira dan teruja diberi cabaran ini, ia merupakan suatu perjalanan yang luar biasa bagi diri saya!”.

Layla Sania Cabar Diri Melancarkan Single Rancak Pertamanya Bersama Bunga, Berjudul Bambino

BAMBINO boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox , Deezer, dan juga iTunes bermula 17 DISEMBER 2021 manakala video muzik rasmi BAMBINO boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia Chinese bermula 17 DISEMBER 2021 jam 9 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rosyam Nor Filem | 16

Rosyam Nor Pegang Watak Jahat dalam Filem G STROM, Berganding dengan Louis Koo

Nash

Hijrahkan Laguku, Journey Back To Him di TV AlHijrah