in , ,

Kolaborasi Disney+ Hotstar & Bunga Dalam Rap ‘Cerita Kita Bersama’

Disney+ Hotstar Persembah ‘Cerita Kita Bersama’ Bersama Pernyanyi Tempatan, Bunga, Sempena Aidilfitri Ini!

Disney+ Hotstar berganding tangan dengan penyanyi rap tempatan, Bunga yang sedang melonjak naik menerusi rap “Cerita Kita Bersama”. Hasil karya yang diilhamkan dan dipersembahkan artis itu sendiri menzahirkan tema sambutan Aidilfitri yang bermakna dan menyentuh hati.

Berilhamkan kenangan beliau sendiri, rap itu menggambarkan semangat Ramadhan dan sambutan Aidilfitri rakyat Malaysia merentasi semua lapisan masyarakat. Ia bukan sahaja menggambarkan intipati Aidilfitri, tetapi juga menonjolkan pelbagai emosi dan kepentingan hubungan kekeluargaan, sekali gus mengajak semua pendengar untuk merenung semula pengalaman mereka sendiri.

Cerita Kita Bersama Disney+ Hotstar

Persembahan seni pertuturan Bunga disertai beberapa klip daripada rancangan dan filem yang tersedia di Disney+ Hotstar. Menampilkan pelbagai watak dan momen yang terkenal, babak-babak ini mencerminkan emosi Bunga sendiri, termasuklah kegembiraan, ketabahan, cinta kekeluargaan, perayaan, keazaman, kepercayaan dan keutuhan agama.

“Sewaktu membesar, Disney sentiasa mempunyai tempat yang istimewa di hati saya, kerana rancangannya memberi saya sinar harapan ketika masa susah. Saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan Disney+ Hotstar,”

“Tatkala kita merenung ke hadapan, adalah penting untuk saya mengingati asal usul saya dan menyatukannya dengan masa hadapan saya. Jadi, rap saya memaparkan gambaran yang realistik dan berwarna-warni tentang Ramadhan yang mulia dan sambutan Raya. Semoga ia dapat menyentuh hati dan menyatukan semua rakyat Malaysia.”

– Bunga
D+HS MY Ramadan Raya Campaign_r5

Ketika bersatu semula dengan keluarga tersayang sempena musim perayaan ini, anda boleh menikmati satu siri rancangan kegemaran seisi keluarga seperti Turning Red, Encanto, Upin & Ipin (Keris Siamang Tunggal), Musim 2 Ejen Ali, 30 Hari Sebelum Raya, dan Do You Love Me, Captain?

Bagi penonton yang mengidamkan cerita seram, drama dan kisah romantik, koleksi filem dan siri TV Disney+ Hotstar yang luas termasuk Moon Knight, Harith Fayyadh, Soundtrack #1, dan Death on the Nile untuk memenuhi selera pelanggan dari segenap peringkat umur.

Mulai hari ini, rakyat Malaysia boleh menonton persembahan rap Bunga dalam video khas yang menzahirkan semangat Aildifitri di sini. 

D+HS MY Ramadan Raya Campaign_r5

Twitter: @DisneyPlusMY

Instagram: @DisneyPlusHotStarMY 

Facebook: @DisneyPlusHotStarMY

TikTok: @DisneyPlusMY

Hashtag: #ceritakitabersama #disneyplushotstarmy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nah! Senarai Drama Di Panggung Syawal TV1 Sepanjang Aidilfitri Ini 

‘Scammer 2’ Memapar Sisi-Sisi Tersembunyi Sharifah Sofia