in , ,

Rosyam Nor Pegang Watak Jahat dalam Filem G STROM, Berganding dengan Louis Koo

Rosyam Nor Pegang Watak Jahat dalam Filem G STROM, Berganding dengan pelakon Hong Kong, Louis Koo

Pelakon, Datuk Rosyam Nor berkongsi pembabitannya dalam filem terbaharu, G Storm yang turut dibintangi pelakon Hong Kong, Louis Koo.

Menerusi hantaran di Instagram, Rosyam berkongsi mengenai wataknya dalam filem itu sebagai ketua penjenayah perdagangan manusia bernama King.

“Pertama kali berlakon filem Hong Kong. Filem G Storm terbitan produksi Hong Kong ini akan berada di pawagam pada 31 Disember.

“Filem aksi ini bercerita mengenai satu pasukan pencegahan rasuah. Kalau di Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jadi, aku pula jadi jahatlah. Takkan hero pula,”

– Rosyam Nor

Rosyam ketika dihubungi berkata, itu adalah pengalaman berharga buatnya apabila dapat bekerjasama dengan produksi dan pelakon antarabangsa.

“Berlakon dengan syarikat produksi antarabangsa memang berbeza dari segi cara kerja dan sebagainya. Untuk babak aksi, disediakan pelagak ngeri. Waktu bekerja juga hanya lapan jam setiap hari,”

– Rosyam Nor

Dalam hantaran sama, Rosyam turut memuat naik potongan video beberapa babak dalam filem itu yang membabitkan dirinya.

Penggambaran filem itu dijalankan pada penghujung 2019 dan lokasi penggambarannya berjalan di Hong Kong.

G Storm adalah filem arahan pengarah, David Lam dan menjadi filem sekuel kepada filem P Storm yang pernah ditayangkan pada 2019. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PU Riz ‘Belanja’ Lagu Hazama, Netizen Kagum & Puji Suara Merdu

Layla Sania

Layla Sania Cabar Diri Lancar Single Rancak Pertamanya Bersama Bunga Berjudul BAMBINO